Siakap Keli

Selepas Saintis Melihat Simulasi Komputer, Ini Alasannya Kenapa Bulu Harimau Berwarna Oren

Soalan remeh pada kita, namun soalan ini ibarat ‘puzzle’ kepada semua saintis dan veterinar.

“Sebenarnya, kenapa harimau berwarna oren?”

Secara kasar, harimau berwwarna oren supaya memudahkan ia dilihat oleh mangsa; terutamnya jika harimau menyorok di dalam rimpunan hutan dan daun yang berwarna hijau.

William Blake menyimpulkan persoalan itu di dalam puisi terkenal dari generasi ke generasi tentang “Tyger, tyger, burning bright/ In the forest of the night” namun, jawapan tersebut semakin mendekat.

Ia semakin mendapat jawapan, apabila simulasi komputer menunjukan pandangan mata rusa apabila melihat harimau. Ia menunjukan gambaran yang berbeza, daripada apa yang kita lihat secara normal.

Rusa hanya boleh melihat cahaya biru dan hijau. Ia bererti apabila mereka melihat harimau, ia tidak melihat oren sebaliknya melihat hijau, yang membolehkan harimau menyorok dan bergabung dengan sempurna berlatar belakang himpunan rumput dan dedaun.

Persoalan seterusnya ialah; kenapa bulu harimau tidak berwarna hijau terus? 

Dr Fennell dan rakan kajianya yang menulis berkaitan ini berkata bahawa mamalia tidak dapat menghasilkan bulu hijau. Ia boleh dihasilkan namun ia memerlukan perubahan di dalam biokomia mamalia.

Hanya satu mamalia sahaja yang diketahui mempunyai bulu berwarna hijau iaitu sloth, yang kelihatan seperti alga yang hidup diatas badannya.

Warna oren yang terjadi di badan harimau adalah disebabkan oleh bahan kimia yang dipanggil pheomelanin.

Haiwan lain yang dianggap ‘buta warna’ termasuklah serigala, coyote, rubah, lembu, anjing dan kucing.

Namun, setiap harimau berlainan warna dan saiz mengikut jenis, seperti harimau bali yang telah pupus mempunyai warna yang sedikit gelap menjadikan ia sukar untuk mencari makanan.

Harimau Bengal pula sedikit merah, Harimau Amur pul seakan keemasan. Harimau di kawasan utara seperti China dan Rusia biasanya mempunyai mantel ringan, manakala harimau disebeah selatan seperti Malaysia dan Sumatera mempunyai warna yang lebih gelap.

Terdapat juga laporan harimau tanpa jalur- pada tahun 1960-an dan akhir 1988-an tetapi tidak ada gambar yang membuktikan dakwaan itu. Namun, sekitar 1 dalam 10,000, akan ada harimau dilahirkan putih, yang dipanggil ‘melanistik’ dan ia dianggap cacat.

Sumber: DailyMail

Nur Shuhada Ahmad

part-time manusia