Siakap Keli

Berang Kena Hon Gara-Gara Halang Jalan Raya, Lelaki Bermotosikal Pecahkan Cermin Kereta

Sikap tolak ansur di atas jalan raya sangatlah dituntut. Perkara ini kerana sikap tersebut dapat membantu mengurangkan kemalangan yang berlaku di atas jalan raya. Selain itu, ia juga dapat mempengaruhi seseorang untuk menjadi lebih beretika ketika menggunakan jalan raya. Namun, lain pula yang berlaku pada satu peristiwa di atas jalan raya sehingga berlakunya pergaduhan dan kerosakan harta benda.

Tular di media sosial mengenai rakaman seorang lelaki yang memecahkan cermin milik pemandu kereta yang membunyikan hon kepadanya. Pemandu kereta membunyikan hon kepada lelaki bermotosikal itu kerana didakwa menghalang laluannya. Sebelumnya, lelaki tersebut menunggang motorsikal sambil berborak bersama kenalannya sehingga menyebabkan laluan bagi kenderaan lain terhalang.

Berikutan itu, pemandu kereta berkenaan bertindak membunyikan hon bagi meminta laluan daripada penunggang tersebut. Namun, lelaki tersebut berang lalu mengejar kereta tersebut sebelum menghentikan motorsikalnya ke tepi jalan lantas memecahkan cermin kereta menggunakan topi keledar.

Tindakan lelaki tersebut berjaya dirakam melalui camera ‘dashcam’ yang dipasang di dalam kereta bagi tujuan keselamatan. Rakaman tersebut yang dimuat naik di dalam media sosial menimbulkan reaksi marah dalam kalangan netizen. Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh penunggang tersebut.

“Rasa macam nak hentak helmet tu balik”

“Tunjuk samseng tak kena tempat”

“Ingat jalan bapak dia punya”

“Panas pula hati aku tengok botak ni”

Sumber: Twitter 999 Malaysia

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa