Siakap Keli
Gambar Hiasan

Kerap Tidur Lewat Setiap Malam, Lelaki Ini Terima Padah Tak Disangka-Sangka

Seorang lelaki dari Nanjing, China yang berusia 50 tahun, Xu mengalami muntah-muntah dan tidak sedarkan diri ekoran sering tidur lewat setiap malam. Dia dikatakan terlalu sibuk membuat kerja sehingga waktu tidurnya terganggu.

Dia kemudianya dibawa ke hospital dak doktor mengesahkan bahawa saluran penghadamanya telah kehilangan banyak darah- iaitu hampir separuh daripada keseluruhan darah dalam badan. Menurut diagnosis yang dilakukan, saluran pencernaan Xu mengalami pendarahan dan darah pula berkurangan menyebab berlakunya hipoksia dan iskemia sehingga kehilangan separuh daripada jumlah keseluruhan darah di dalam tubuhnya.

Menurut laporan yang diterima, Xu merupakan pekerja yang sangat komited dan sering memberikan keutamaan kepada kerja-kerjanya. Dia difahamkan bekerja lebih masa kerana rasa tanggungjawab dan mahu menyelesaikan kerja mengikut masa.

Selepas bekerja lebih 10 hari pada lewat malam, dia kemudianya koma dan terdapat buih pada bahagian mulutnya. Berdasarkan rekod lalu, Xu penah menjalani pembedahan pada ususnya.

Doktor membuat kesimpulan bahawa Xu sakit adalah disebabkan kerja keras tanpa rehat sehingga mengakibatkan kecederaan pada saluran pencernaanya yang membuatkan ia semakin teruk dan memusnahkan pembuluh darah sekaligus menyebabkan badanya kehilangan banyak darah.

Namun, dengan bantuan doktor dan kakitangan hospital, Xu bernasib baik. Darahnya ditambah sebanyak 6 paket dan doktor terus melakukan pembedahan untuk menyelamatkan nyawanya.

“Tiada satu hari pun di mana saya tidur sebelum jam 12 tengah malam, dan ia berlaku melebihi 10 hari. Saya berasa tidak selesa dan berpeluh,” jelas Xu.

Doktor menasihati Xu untuk menjaga kesihatan dengan baik selain mendapatkn tidur dengan cukup apatah lagi sistem pencernaan tidak begitu baik. Jika tidak, badan akan mengalami simptom seperti sakit kepala dan degupan jantung tidak teratur.

Sumber: Oriental Daily

Nur Shuhada Ahmad

part-time manusia