Siakap Keli
Foto: Twitter @doamuslims

Biarpun Sukar, Solat Jumaat Terakhir Ramadan Di Masjid Aqsa Tetap Dipenuhi Ratusan Ribu Jemaah

Keamanan yang dimiliki oleh negara kita membolehkan para penganut semua agama di negara ini dapat beribadah dengan tenang dan selamat tanpa rasa bimbang akan keselamatan masing-masing.

Keadaan itu cukup berbeza dengan apa yang dialami oleh saudara kita di negara-negara bergolak seperti Palestin apabila mereka tidak dibenarkan untuk menunaikan solat sesuka hati di Masjid Al-Aqsa.

Walaubagaimanapun, itu tidak menghalang ratusan ribu daripada mereka untuk menunaikan solat Jumaat di sana pada hari Jumaat terakhir di bulan Ramadan untuk tahun ini.

Foto: Twitter @doamuslims

Menurut Sheikh Azzam al-Khatib, Ketua Pengarah Wakaf Baitulmaqdis, lebih kurang 260,000 jemaah telah membanjiri perkarangan salah satu daripada masjid paling mulia bagi umat Islam itu pada hari ini.

Umat Islam di seluruh dunia dijadualkan akan meraikan perayaan Hari Raya Aidilfitri yang juga dikenali sebagai hari kemenangan oleh umat Islam pada Rabu minggu depan(5 Jun).

Diharapkan segala ketegangan yang berlaku di sana dan di negara-negara lain akan berakhir dalam masa terdekat agar semua insan tanpa mengira agama dan bangsa dapat hidup dengan aman damai.

Sumber: Anadolu Agency

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi