Siakap Keli

Kerap Sakit Belakang? Anda Mungkin Perlu Pertimbangkan Posisi Tidur Yang Betul Seperti Ini

Sakit belakang boleh dianggap sakit biasa yang dihadapi oleh penduduk dunia. Sekitar 80% masyarakat dunia akan menghidapi sakit belakang sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Jika anda sedang menghadapi sakit belakang, pernah merasai atau ada kenalan anda yang sedang menderita, di bawah ini ada beberapa penyelesaian untuk masalah itu.

  1. Sakit bahagian belakang leher dan bahagian atas di belakang badan

Tidur dalam keadaan berbaring dengan betul membuatkan berat badan anda menjadi seimbang di seluruh anggota badan. Dengan cara ini, bahagian leher dan bahagian atas belakang badan akan kurang tekanan. Ia adalah untuk menyelaraskan tulang belakang dan organ dalaman.

Anda boleh juga menambah bantal untuk memberi sokongan di bahagian leher dan bantal di bahagian lutut untuk mengekalkan bentuk semulajadi tulang belakang anda.

         2. Sakit sepanjang tulang belakang

Ini adalah buat anda yang biasa tidur dalam keadaan meniarap. Tambahkan bantal di bawah perut dan bahagian atas pelvis. pastikan guna bantal yag nipis; tidak setebal 3 inci. Sokongan yang diberikan bantal di bawah perut akan mengurangkan tekanan di belakang badan. Jika cara ini belum berhasil, cuba tidur tanpa gunakan bantal di kepala.

      3. Sakit di bawah belakang badan

Apabila anda tidur di bahagian sisi, ia seakan memaksa tulang belakang anda untuk melengkung dalam kedudukan yang tidak bagus dan posisi ini juga menambah beban akibat berat bandan di bahagian bawah belakang badan.

Untuk tidur di posisi ini, disarankan untuk membengkokan lutut anda sedikit ke atas dan letakkan bantal diantara kedua kaki. Kedudukan ini adalah untuk menyokong badan dan membantu mengekalkan kelengkungan semulajadi sehingga anda bangun tidur.

          4. Kesakitan Lumbar

Sakit lumbar ialah kesakitan yang terletak di bahagian bawah belakang anda. Posisi yang sesuai untuk meredakan sakit ini ialah dengan tidur cara duduk. Cara ini adalah untuk menegangkan dan menghilangkan kemungkinan untuk berasa sakit.

Letakkan juga beberapa biji bantal di belakang punggung dan leher untuk mencipta sokongan yang cukup untuk menyesuaikan diri dengan lengkungan semulajadi tubuh. Untuk lebih selesa, letakkan lebih banyak bantal di bawah lutut dan kaki.

        5. Ketegangan saraf

Sakit disebabkan disc tulang belakang yang tidak berada di kedudukan semulajadi menyebabkan anda tidak dapat tidur dengan lena. Cuba tidur dengan keadaan seperti dalam gambar yang membolehkan anda meluaskan ruang antara setiap vertebra dan menolaknya untuk berpindah ke kedudukan asal. Membengkokan posisi badan seperti dalam gambar akan mengurangkan tekanan ke atas vertebra dan saraf, seterusnya akan melegakan sakit belakang.

Mungkin ada yang tidak biasa untuk tukar posisi tidur. Oleh itu, ubahlah secara perlahan-lahan dan jadikan ia sebagai kebiasaan. Jika anda bangun tanpa rasa sakit, anda akan lebih yakin untuk lakukan pada malam-malam seterusnya.

Jika anda keliru dan tidak tahu bahagian belakang mana yang sakit, anda boleh tidur dengan kedudukan yang disenaraikan. Kemudian, lihat semula cara mana yang paling berkesan untuk sakit belakang anda.

Sumber: Bright Side

Nur Shuhada Ahmad

part-time manusia