Siakap Keli

Semuanya Dalam Satu Bumbung, Sebab Kenapa Supermarket Ini Kini Menjadi Tumpuan Orang Ramai

Sebut sahaja pusat membeli-belah, pastinya semua orang menginginkan suasana yang selesa, lengkap dengan semua keperluan dan kemudahan dalam satu tempat. Ditambah pula dengan pelbagai promosi dan harga berpatutan yang  ditawarkan, pasti ianya jadi tumpuan ramai!

‘One stop shopping mall’

Semua pengalaman itu boleh dirasai apabila anda menjejakkan kaki ke KIPMall, sebuah pusat membeli-belah berkonsepkan ‘one stop shopping mall’. Kalau anda nak tahu, hentian membeli-belah dalam satu tempat ini telah dinaiktaraf bagi memberi kemudahan kepada orang ramai. Jom kita semak apa yang best kat sini!

 

Pelbagai jenis kedai jualan

Kini, KIPMall semakin membesar dengan pelbagai jenis kedai jualan seperti Econsave, Mr Diy, Watson dan bermacam lagi. Ianya membantu memudahkan pengunjung untuk mencari barang basah hingga ke keperluan diri dalam satu tempat. Sesuai dengan slogan KIPMall  ‘your local shopping experience’, segalanya anda boleh dapati di sini!

Medan selera

Dah puas berjalan, mesti rasa lapar kan? Kalau anda nak tahu di KIPMall, medan seleranya sentiasa menjadi tumpuan ramai pengunjung di mana restoran makanan segera dan pelbagai pilihan juadah tempatan boleh didapati dengan harga berpatutan.

Kemudahan ruang parking PERCUMA

Fasiliti yang ditawarkan seperti kemudahan ruang parking PERCUMA yang luas, persekitaran yang bersih dan teratur hingga ke kawalan keselamatan 24 jam memudahkan orang ramai terutamanya mereka yang berkeluarga.

Tidak cukup dengan itu, terdapat juga gelanggang badminton dan taman permainan yang disediakan untuk kanak-kanak.

Enam cawangan untuk ‘diterjah’

KIPMall mempunyai 6 cawangan untuk dikunjungi oleh pengunjung iaitu di Tampoi, Kota Tinggi, Masai, Melaka, Senawang, dan Bangi.

Namun bagi makluman anda, mungkin ramai yang belum menyedari terdapat perubahan dari segi penjenamaan semula nama KIPMart kepada KIPMall di tiga negeri iaitu di Johor, Senawang dan Melaka. Lepas ni, jangan keliru lagi ya!

Happy Hour Special Sabtu

Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi KIPMall kerana terdapat ”happy hour” di mana pelanggan boleh menikmati harga istimewa untuk produk basah tertentu. Namun, promosi ini tertakluk pada hari Sabtu hanya di KIPMall Johor selagi stok masih ada.

Layari sahaja laman web KIPMall bagi mendapatkan maklumat lanjut. Sebagai pengguna, berbelanjalah secara bijak. Pilih KIPMall untuk pengalaman membeli-belah terbaik anda!

https://www.youtube.com/watch?v=PPLGFsLmC3g&t=7s

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.