Siakap Keli
Gambar Hiasan

Sudah Separuh Umur Hidup Tetapi Masih Ramai Yang Tak Tahu Maksud Sebenar ‘Wi-Fi’, Ini Huraiannya,

Umum mengetahui maksud WiFi adalah “wireless fidelity” tetapi sebenarnya tidak. Ramai yang menggunakan istilah ini menerusi produk-produk tanpa wayar sejak tahun 1998. Mungkin ini membuatkan ana terkejut, tetapi inilah realitinya.

Penggunaan Wi-Fi adalah merujuk kepada sistem rangkaian pautan tanpa wayar yang menggunakan hubungan jalurlebar(broadband), titik capaian (access point). Ia menggunakan syarat frekuensi radio untuk menyambung ke internet dan menghantar mesej tanpa wayar.

Apakah yang dimaksudkan oleh WiFi?

Tiada sejarah yang boleh menerangkan kewujudan nama WiFi ini melainkan daripada sekumpulan syarikat Alliance Compatibility Wireless Ethernet di mana sekarang sudah bertukar nama kepada WiFi Alliance.

Sebenarnya perkataan itu tidak membawa maksud kepada apa-apapun dan ianya bukan akronim daripada perkataan yang sedia ada iaitu ‘wireless fidelity‘. Sesetengah orang tidak memahami penjenamaannya, mereka tidak dapat bayangkan menggunakan nama “WiFi” tanpa penjelasan yang kukuh.

Ahli syarikat tersebut hanya mengupah syarikat Interbrand untuk cipta logo dan nama terbaik untuk rangkaian ini. Maka terjadilah namanya Wi-Fi. Namun, seluruh dunia telah menganggap perkataan Wi-Fi ini daripada akronim. Syarikat Alliance berterima kasih dengan ‘khabar angin’ perkataan wireless fidelity. 

Oleh itu, Syarikat Alliance bersetuju dan meneruskan maksud tersebut sehinggalah sekarang walaupun pada asalnya perkataan Wi-Fi tersebut tidak mempunyai apa-apa makna.

Sumber: Reader Digest

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang