Siakap Keli

Siti Kassim Tidak Setuju Samseng Jalanraya Dipenjara 12 Bulan

Berikutan video yang menjadi tular di twitter baru-baru ini, melibatkan seorang samseng jalanan penunggang motosikal tidak berpuas hati apabila sebuah kereta Alza membunyikan hon untuk menegur suspek yang menunggang sambil berbual di jalan raya bersama dengan seorang lagi kawanya, yang juga menunggang motosikal.

Kejadian itu melibatkan seorang lelaki berusia 30-an yang bekerja sebagai pembantu stor apabila dia dirakam seakan naik berang dengan membrek motosikal ditengah jalan sebelum menghentak topi keledar kepunyaanya ke arah cermin kereta terbabit. Kejadian itu dilaporkan berlaku di Bukit Serdang, Seri Kembangan pada hari Rabu lebih kurang jam 5.50 petang

Video itu disebarkan di laman twitter dan menjadi tular. Suspek ditangkap keesokkan harinya sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang pada jam 3 petang. Berikutan kelakuan lelaki terbabit, motosikal miliknya dirampas dan pihak Mahkamah Majistret Petaling Jaya menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan kerana kelakukan khianat.

Warganet rata-rata menyambut ‘baik’ berita penangkapan ‘Abang Botak’ namun tidak kepada Siti Kassim, seorang peguam yang telah menulis pandangan beliau mengenai kes terbabit.

Menurut tulisanya di Facebook, beliau merasakan hukuman 12 bulan penjara itu terlalu berlebihan dengan kes sebegitu. Beliau juga menulis, beliau pernah melalui situasi yang sama dan faham sebab suspek bertindak sedemikian. Beliau menganggap bahawa lelaki terbabit mungkin menghadapi masalah dalam hidupnya sehingga bertindak sedemikian memandangkan suspek merupakan penyara tunggal dan mempunyai dua orang anak kecil.

Beliau menulis lagi bahawa beliau tidak setuju suspek-suspek kes sebegini dipenjara kerana menurutnya, penjara di Malaysia sudah penuh dan penjara juga bukanlah jawapan kepada penyelesaian masalah-masalah sebegini.

Apa yang beliau sarankan ialah, kes terbabit boleh diselesaikan dengan cara baik iaitu dengan membayar kos cermin kereta yang  rosak, memohon maaf kepada mangsa dan suspek perlu menghadiri rawatan pengurusan kemarahan dan ia lebih bermanfaat untuk semua pihak.

Rata-rata pengguna Facebook di ruangan komen bersetuju dengan pendangan beliau namun masih ada juga yang memberikan pendapat bahawa tindakan yang diberikan sangat berbaloi dengan sikap samseng suspek.

Sumber: FB Siti Kassim

Nur Shuhada Ahmad

part-time manusia