Siakap Keli
Gambar: Metro

Mata Wanita Ini Pedih Rasa Macam Terbakar Lepas Guna Produk ‘Cleansing Water’

Seorang pelajar menderita pedih seperti terbakar pada matanya selepas memakai produk bagi membersihkan solekan pada matanya.

Jade Inglis, 19, menyatakan bahawa dia perlu menerima rawatan yang sama digunakan oleh seorang mangsa serangan asid selepas memakai produk tersebut sebelum tidur.

Selepas dia terjaga keesokan harinya, dia mendapati bahawa mata kanannya tidak dapat dibuka seolah-olah ianya bagaikan di gam.

Panik berikutan dengan hal itu, dia segera menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan dan seterusnya diarahkan untuk bergegas ke hospital.

Gambar: Daily Mail

Doktor yang merawatnya itu telah mengesahkan bahawa bebola mata Jade telah melecur sedikit kerana kandungan bahan kimia yang terdapat dalam produk yang dipakainya.

Jade berkata: ‘Sakitnya umpama terkena selaran matahari tapi di bahagian mata anda, ianya sangat-sangat sakit.

‘Perkara pertama sekali yang terlintas dalam fikiran saya islah sama ada kesannya hanyalah sementara ataupun berkekalan. Saya sangat takut saya akan jadi buta apabila saya dimaklumkan tentang kandungan bahan kimia dalam produk tersebut telah melukakan mata saya.

Gambar: Metro

‘Saya terbaring di atas katil rawatan selama 20 minit dengan tiub yang dimasukkan didalam mata saya, ianya sangat mengerikan.

Berikutan dengan itu, Jade berjaya dirawat dan bernasib baik bahawa kesan daripada kecederaan itu tidak akan berkekalan.

Kini Jade menyeru kepada syarikat yang mengeluarkan produk tersebut supaya menghentikan penjualan produk tersebut supaya orang lain tidak perlu menanggung risiko yang dilaluinya.

Sumber: Metro.co.uk

Aqmal Ezany

I write what is right