Siakap Keli
Gambar Bernama

Sayu, Ibu Dan Anak Maut Dalam Kemalangan Ketika Pulang Membeli Cat Rumah Untuk Raya

KANGAR, Keterujaan sebuah keluarga membeli cat untuk memperindahkan kediaman semperna Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang kurang dari tiga hari bertukar duka apabila mereka sekeluarga terlibat dalam kemalangan ketika pulang di Jalan Sungai Berembang Simpang Empat.

Nahas yang berlaku menyebabkan seorang ibu dan anak perempuan bongsunya yang berusia tiga tahun maut, manakala suami dan dua lagi anak mangsa yang turut berada dalam kenderaan terbabit mengalami kecederaan.

Mangsa meninggal dunia dalam kejadian yang menyayat hati itu adalah Roshila Ishak dan anak perempuannya Nur Zahara Fauzi.

Menurut polis, mangsa meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) manakala anaknya terbunuh di tempat kejadian. Mohamad Fauzi dan dua anaknya, Nur Umaira Hasanah, 6, dan Mohamad Arif Aiman, 10, cedera parah dan dimasukkan ke HTF.

Ketua Polis Daerah Kangar Supt Wari Kiew berkata kemalangan berlaku pada pukul 1 petang ketika suami Roshila, Mohamad Fauzi Fazin, 34, memandu keluarga dari Kangar ke Simpang Empat melalui Jalan Behor Mali-Sungai Berembang.

Difahamkan kereta yang dipandu Fauzi hilang kawalan dan merempuh sebatang pokok di bahu jalan.

Sumber: BERNAMA

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang