Siakap Keli

Bom Gegar Markas Tentera Sempadan Thailand-Malaysia Di Narathiwat

Narathiwat : Tiga letupan bom menggegarkan sebuah markas tentera di sempadan Thailand-Malaysia di Daerah Waeng, Narathiwat, selatan Thailand dan menyebabkan seorang orang awam cedera.

Ketua Polis Bukit Tar Kol. Pol Warid Chedo berkata dalam kejadian kira-kira 7 pagi (waktu tempatan) hari ini, sebutir bom buatan sendiri meletup berdekatan dengan markas tentera di sempadan Bukit Tar-Bukit Bunga, Daerah Waeng.

Beliau berkata bom buat sendiri seberat 5 kilogram itu ditanam di tepi jalan, kira-kira 300 meter dari markas tentera.

”Bom tersebut diaktifkan dengan penentu masa.

”Mangsa seorang lelaki berusia 48 tahun ini yang berada di tempat kejadian cedera akibat terkena serpihan bom,” katanya.

Beliau berkata ketika pasukan polis membuat pemeriksaan di tempat kejadian, dua butir lagi bom diletupkan namun tiada yang mengalami kecederaan .

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.