Imbas kembali ketika zaman phone dengan kamera diperkenalkan, ia sudah cukup menyenangkan kita sebab tak perlu lagi mengheret kamera digital ke sana ke mari hanya untuk merakam gambar kenang-kenangan.
Tahun berganti tahun, bahagian kamera pada phone sudah dinaik taraf dengan pelbagai jenis teknologi, ciri dan fungsi yang lebih baik. Kalau dulu phone hanya ada satu kamera, sekarang kita boleh lihat lensa dah berbaris pada panel belakang. Satu lensa, dua lensa tiga lensa, empat lensa…..
Mungkin ada yang merasakan lagi banyak lensa gambar lebih baik tetapi ia lebih daripada itu. Setiap lensa ada peranan masing-masing. Kita ambil contoh macam HONOR 20, phone baru dari HONOR ni ada 4 jenis kamera. Ok kita lihat satu persatu lensa yang beratur ni.
Dekat atas sekali ada kamera 16MP Super Wide Angle, kedua lensa 48MP (Sony IMX586), seterusnya lensa 2MP depth assist dan dekat sebelah tepi ada lensa 2MP makro.
Jadi apa benda super wide angle, depth assists dengan makro ni semua? Macam yang diberitahu dekat atas tadi, masing-masing ada fungsi tersendiri. Macam 48MP, ia berfungsi sebagai lensa utama untuk buat rakaman gambar. Ia diperkuatkan lagi dengan ciri AI Ultra Clarity Mode yang mana pada pencahayaan baik, gambar lebih jelas dengan perincian yang cukup dapat dihasilkan.
Tak cukup ke 48MP ni? Cukup, tapi nak tambah lagi nikmat ambil gambar tu, HONOR tambah 16MP untuk korang rakam sudut lebar. Mesti pernah berlaku ketika nak ambil gambar keluarga dan sanak saudara, semua tak masuk dalam sudut pandang kamera. Haa, lensa lebar ni la yang bantu korang rakam imej yang lebih luas sehingga 117 darjah. Daripada moyang sampai ke cicit takde masalah berhimpit-himpit lagi nak ambil gambar.

Ok lensa 2MP depth assist pula bantu untuk rakaman portrait dari segi bokeh. Ala gambar korang yang kabur dekat belakang tu. Kira dengan adanya lensa ni, hasil portrait mode korang akan lebih baik dengan kabur pada latar belakang tu lebih kemas.
Last sekali, lensa yang digunakan adalah macro. Kamera ni untuk rakam objek dengan jarak lebih dekat dan HONOR menyatakan jarak terbaik adalah 4cm, lebih kurang 1.5 inci. Macam dalam gambar bawah, perbezaan antara rakaman dengan 48MP dan 2MP macro.

Walaupun dekat, gambar dihasilkan dengan perincian yang baik dan lebih saturasi pada warna. Jadi, dengan pelbagai lensa yang disumbat pada phone ini, jarak dekat, gambar berkumpulan, potret yang cantik bukan satu masalah besar. Ibarat 4 kebolehan dalam satu phone.
HONOR 20 dilancarkan secara rasmi di Malaysia beberapa minggu lalu dan harga yang ditetapkan untuk peranti ini adalah RM1699 serta bakal dipasarkan tidak lama lagi. Jika korang gemar mengambil gambar 24 jam seminggu, adakah phone ini sesuai memuaskan nafsu korang itu? Mahu kenali lebih lanjut mengenai phone dengan kamera yang cun ni? Layari HiHONOR Malaysia.
HONOR kini menawarkan pulangan wang tunai (cashback) sehingga RM 300 untuk pembelian HONOR View20 dari Hihonor.com.my dan kedai yang dilantik. HONOR View20 dilancarkan awal tahun ini dikuasakan cip Kirin 980, dwi-kamera, termasuk lensa 48 MP pada harga RM1,999 untuk storan 128GB dan RM2,499 bagi storan 256GB. Berikut ialah harga View 20 selepas dikembalikan wang tunai:
Honor View 20 (RAM 6GB + storan 128GB) = RM1,999 RM1,799
Honor View 20 (RAM 8GB + storan 256GB) = RM2,499 RM2,199