Siakap Keli

”Kalau Lambat Keluar Tandas, Aku Hilang Adik Aku Selamanya,” Lelaki Cerita Detik Cemas Cubaan Culik RnR Temerloh

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Apabila tibanya musim perayaan, Hentian Rehat & Rawat (RnR) menjadi tumpuan persinggahan sebelum meneruskan perjalanan pulang ke kampung. Dipenuhi dengan ramai orang, pastinya kita tidak menyangka kejadian jenayah seperti cubaan culik boleh berlaku di kawasan ini.

Pengalaman cemas ini dikongsikan oleh seorang individu yang mendakwa hampir kehilangan adiknya yang cuba dibawa lari oleh dua orang lelaki. Kejadian tersebut berlaku ketika mereka berhenti di sebuah RnR sewaktu dalam perjalanan pulang ke kampung halaman.

Ikuti perkongsian seperti di bawah. Moga boleh dijadikan peringatan kepada semua untuk lebih berhati-hati kerana jenayah boleh berlaku di mana-mana sahaja.

Peringatan untuk para perantau semasa berhenti di RnR..

31 May memang akan jadi kenangan pahit.

Cubaan buka kereta oleh dua orang di RnR

Kalau tersilap langkah and lambat keluar dari tandas tadi aku mungkin akan kehilangan adik aku buat selamanya diambil orang kerana cubaan buka kereta aku oleh dua orang di RNR Temerloh.

Masa makan duduk sebelah meja

Ceritanya pada awal sampai aku diperhatikan oleh segerombolan manusia. Tetiba masa nak makan mereka mengambil tempat meja sebelah aku, diorang pandang aku cubaan untuk pukau tapi gagal dan masa nak ke parking mereka tunggu di parking. Syak wasangka memang tak la, sebab bulan puasa ingat orang semua baik baik tapi !

Sempat pesan ‘adik lock pintu’ sebelum ke tandas

Cubaan pukau gagal, lalu mereka cuba menggunakan kekerasan cubaan membuka pintu kereta semasa bongsu sendirian di dalam kereta nasib baik sebelum aku ke tandas aku berpesan pada bongsu

”adik lock pintu” and masa dalam tandas adik call aku berkali kali, kali ketiga baru aku angkat dia cakap emergency terus aku bergegas keluar. Dua orang tu dah larikan diri.

P/S : hati hati kalau anda semua stop di RnR Temerloh sebab ada mata yang sedang memerhati, tunggu peluang untuk rompak/samun/ pukau.

Serius trauma ! sampai ngigau bongsu malam ni.

Kredit story : tarmiziani
Kredit pic : tarmizi sulaiman

Sumber : FZR Production via Tarmiziani

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.