Siakap Keli
Foto: The Straits Time/SlashGear

Sekatan Ke Atas Huawei: Ini Alasan Mengapa Malaysia Masih Menyokong Syarikat Berkenaan

Seperti yang kita ketahui, syarikat pengeluar teknologi gergasi dari China, HUAWEI kini berhadapan dengan sekatan oleh beberapa syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat sejak beberapa minggu lepas.

Mereka dikatakan menjadi ancaman kepada keselamatan negara yang terkenal dengan jolokan “Uncle Sam” tersebut, namun tiada sebarang bukti kukuh mengenai dakwaan itu telah didedahkan kepada umum setakat ini.

Amerika juga telah mencadangkan beberapa negara lain untuk turut berhenti bekerjasama dengan HUAWEI dan tidak lagi menggunakan sebarang teknologi mereka. Akan tetapi, ia sama sekali tidak dipersetujui serta disokong oleh kerajaan negara kita.

fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa berucap dalam persidangan 25th Conference: The Future of Asia di Jepun baru-baru ini berkata, Malaysia akan terus menggunakan teknologi daripada syarikat berkenaan.

Apakah yang menyebabkan Tun Dr Mahathir dengan yakinnya menyuarakan pendirian itu dalam persidangan yang dihadiri ramai pemimpin negara Asia yang lain? Untuk mengetahuinya, jom kami kongsikan kepada anda.

HUAWEI Mempunyai Akses Kajian Yang Sangat Besar

Tiada siapa yang berani menolak kenyataan bahawa China adalah sebuah negara yang sedang membangun pesat untuk menjadi peneraju dalam arena teknologi sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Syarikat-syarikat di negara tersebut juga mempunyai akses kajian yang sangat besar, malah HUAWEI sendir memiliki akses yang jauh lebih besar daripada apa yang mampu dilakukan Malaysia dalam bidang berkenaan secara keseluruhannya.

Oleh itu, Perdana Menteri berpendapat bahawa kita akan terus cuba untuk menggunakan teknologi yang dimiliki syarikat tersebut sebaik mungkin untuk memberi manfaat kepada rakyat di negara ini.

“Amerika tidak boleh menjadi pemangkin teknologi terbaik selama-lamanya, kita perlu terima kenyataan ini,” kata beliau semasa berucap di Tokyo tempoh hari.

Pengiktirafan Tinggi Dalam Teknologi 5G

Teknologi 5G kini sedang menjadi tumpuan dunia kerana kebolehannya yang berkali ganda lebih baik berbanding 4G yang kita gunakan hari ini. Dunia sedia maklum bahawa HUAWEI adalah peneraju bagi inovasi teknologi 5G dan ia adalah antara punca mengapa Malaysia perlu mengekalkan kerjasama yang telah dimeterai dengan HUAWEI ketika ini.

Tun Dr. Mahathir mencuba panggilan 5G(Foto: HUAWEI)

Tun Dr Mahathir sendiri telah menikmati panggilan 5G pertama beliau dengan menggunakan Huawei Mate 20X 5G semasa pameran 5G Putrajaya yang dianjurkan pada April lepas. Beliau telah menyatakan minat dan keyakinan sebagai pengiktirafan bagi HUAWEI semasa pameran tersebut.

Setakat ini, HUAWEI telah menandatangi sekitar 40 perjanjian kerjasama berkaitan pembangun 5G dengan beberapa pengendali perkhidmatan di seluruh dunia.

Produk HUAWEI Sering Menjadi Peneraju Kepada Industri

Tidak cukup dengan itu, produk-produk keluaran syarikat ini juga sering menjadi peneraju dalam industri teknologi dunia. Sebagai contoh, HUAWEI menjadi antara pengeluar terawal yang hadir dengan telefon pintar boleh lipat 5G, HUAWEI Mate X semasa acara Mobile World Congress 2019 pada bulan Februari yang lepas.

Selain itu, mereka turut telah melancarkan beberapa produk berinovasi lain termasuklah siri komputer riba Matebook mereka. Model-model dalam siri ini dilengkapi dengan pelbagai teknologi baru menarik seperti kamera tertutup serta fungsi HUAWEI OneHop yang membolehkan perpindahan data di antara komputer riba dan telefon pintar dilaksanakan dengan hanya satu sentuhan.

 

Tambahan pula, produk-produk mereka juga telah terpilih untuk memenangi sebanyak 47 anugerah daripada penggiat industri sepanjang acara itu berlangsung.

Malah, HUAWEI bukan sahaja diyakini oleh pihak kerajaan, tetapi turut menerima sokongan daripada pengguna di negara ini. Buktinya, siri telefon pintar kelas perdana terbaru mereka, HUAWEI P30 masih lagi terjual dengan laris di pasaran tempatan menurut laporan sumber yang dipercayai.

Kapsyen: Tak ada Android dari Google pun tak apa, asalkan kita masih percaya pada HUAWEI(Foto: FB Jason Lee)
Foto: FB Ema Wan ALiey

Ini menunjukkan kebanyakan pengguna di Malaysia masih lagi menaruh kepercayaan kepada produk-produk yang dikeluarkan oleh HUAWEI walaupun menerima tekanan berikutan sekatan oleh Amerika Syarikat.

Jadi, dari mana datangnya kepercayaan pengguna ini?

Sudah Tentu Dari Kualiti Yang Ada Pada Produk Itu Sendiri

Kualiti adalah salah satu faktor penting bagi menentukan keupayaan sesebuah produk untuk bersaing dan siri HUAWEI P30 memilikinya pada aras yang tertinggi. Seperti yang kita tahu, keupayaan 50x zoom HUAWEI P30 ini menjadi tular di Internet sejak ia dilancarkan lagi.

Foto: HUAWEI

Bukan hanya itu, kameranya juga mempunyai keupayaan mengambil gambar pada cahaya rendah yang baik serta fungsi lain yang menarik seperti Dual-View Video. Untuk anda yang mahukan sebuah peranti yang elegan, siri ini juga hadir dengan reka bentuk dan warna menarik sebagai contoh, Amber Sunrise dan Breathing Crystal.

Untuk lebih maklumat lanjut mengenai siri HUAWEI P30, anda boleh klik pada pautan ini.

HUAWEI Punya Perancangan Untuk Setiap Kemungkinan Yang Berlaku

Walaupun berdepan dengan penarikan lesen untuk penggunaan Android oleh Google, pengguna sedia ada tidak perlu risau kerana peranti mereka tidak akan terkesan. Tambahan pula, HUAWEI telah bersedia untuk segala kemungkinan yang akan terjadi jika masalah ini berterusan.

Mereka baru-baru ini telah mengumumkan bersedia untuk melancarkan Hongmeng OS yang dikatakan akan diperkenalkan sebagai ARK OS secara global dan sistem operasi berkenaan didakwa mampu dijalankan pada kadar 60 kali ganda lebih pantas berbanding Android.

Malah, ketika artikel ini ditulis, model Huawei Mate 20 Pro sudah kembali dimasukkan dalam senarai peranti ujian bagi sistem Android berikutnya, Android Q.

Perkhidmatan dan Penjagaan Secara Berterusan Dari Pihak Syarikat

Produk yang baik bukanlah menjadi satu-satunya faktor penting bagi kejayaan sesebuah syarikat, namun perkhidmatan yang berkualiti juga adalah sangat penting dan itulah yang dibekalkan oleh HUAWEI kepada para pengguna mereka selama ini.

Foto: HUAWEI

Sebagai contoh, baru-baru ini, pihak mereka telah mengadakan HUAWEI SERVICE DAY pada 31 Mei dan 1 Jun bagi membolehkan pada pengguna membaikpulih atau servis peranti milik mereka dan mereka dijangka akan terus melaksanakannya di masa akan datang.

Foto: HUAWEI

Hal-hal sebegini membuktikan disebalik sekatan yang dikenakan terhadap mereka, HUAWEI masih lagi menunjukkan keupayaan mereka untuk bersaing dan persiapan rapi mereka untuk sebarang kemungkinan yang boleh terjadi maka tidak hairanlah Perdana Menteri kita masih meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada syarikat teknologi berkenaan.

Walaubagaimanapun, kepercayaan tersebut bukan hanya terletak pada teknologi yang ditawarkan namun pada usaha mereka untuk memahami kehendak pengguna seterusnya membekalkan mereka dengan apa yang dimahukan.

Oleh itu, sekiranya anda berminat untuk membeli produk HUAWEI, hadirkan diri anda ke kedai-kedai HUAWEI berhampiran dan rasai sendiri pengalaman menggunakannya.



Sumber: HUAWEI, Digital Phablet

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi