Siakap Keli

7 Minggu Tayangan, End Game Perlukan Lagi USD 72 Juta Untuk Potong Avatar

Selepas 7 minggu tayangan, filem terakhir MCU fasa ke-3, The Avengers: End Game dilaporkan hanya memerlukan sekitar USD 72 Juta (RM 298 juta) untuk mengatasi kutipan filem Avatar sebagai filem dengan kutipan tertinggi sepanjang zama.

Avatar yang ditayangkan pada 2009 berjaya mencatatkan kutipan di seluruh dunia sebanyak USD 2.788 bilion (RM 11.56 bilion) manakala End Game setakat dua hari lepas memungut hasil sebanyak USD 2.716 bilion (RM 11.27 bilion).

Namun begitu, trend kutipan filem aksi aidiwira dunia itu menunjukkan penurunan yang ketara dan pemerhati industri hiburan Hollywood berpendapat rata-rata peminat Marvel ketika ini menyimpan bajet bagi menanti ketibaan filem Marvel seterusnya, Spiderman: Far From Home yang bakal menjengah pawagam beberapa minggu lagi.

Selain itu, beberapa filem mega lain daripada Hollywood yang sedang ditayangkan atau bakal menemui penonton tidak lama lagi turut menkjadi punca kepada penurunan jumlah kutipan tersebut.

Sumber: Wo Got This Covered

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.