Siakap Keli
Gambar: Twitter

“RM 5? Nak Beli Ikan Selar Pun Tak Lepas,” Makcik Ini Dikecam Netizen Kerana Persoalkan Duit Raya Diterima

Baru-baru ini tular di Twitter kiriman seorang wanita pertengahan usia yang tidak berpuas hati terhadap anak saudaranya yang hanya memberi RM 5 sebagai duit raya kepadanya.

“Tak tau nak kata apa. Pakai kereta mewah, gaji besar, bagi duit raya mak saudara ayah saudara banyak ni. Apa kalian rasa?” Kata wanita tersebut dalam kirimannya 6 Jun lalu.

Foto: Twitter

Kiriman wanita tersebut mendapat kecaman hebat oleh warga maya yang rata-rata memintanya supaya bersyukur. Tidak kurang juga ada yang menghamburkan ungkapan kasar kepada wanita tersebut.

Pada 7 Jun, wanita itu sekali lagi tampil dengan kenyataan berikut.

“Zaman ini apa yang boleh dapat dengan RM 5 bagi seorang warga emas? Ikan selar kuning pun hampir RM 20 sekilo.”

Kenyataan tersebut turut mendapat reaksi pengguna Twitter yang lain.

“Sama la dengan pelajar makcik. Apa mereka boleh dapat dengan — eh lupa, kadang-kadang mereka tak dapat langsung.”

“Dah nama pun duit raya. Bukan nafkah makcik,” kata pengguna lain. 

“Hai makcik. Disebabkan makcik ada masa untuk Tweet hal ni, maksudnya makcik ada telefon. Tengok DP nampak tudung elok, rumah macam elok. Saya rasa makcik mungkin ada duit yang cukup untuk beli ikan selar tu pun. Berapa pun pemberian seseorang, jangan pertikaikan nilainya.”

Kesimpulannya, bersyukurlah dengan pemberian yang diperoleh. Teringat kawan penulis pernah berpesan,

“Banyak tak semestinya cukup. Tapi kalau bersyukur, sedikit pun terasa banyak.”

Sumber: Twitter

Amira

Love yourself.