Siakap Keli
Gambar hiasan

”Mama, Saya Tak Mahu Jumpa Mama Lagi”, Kanak-Kanak Maut Dipukul Mak Sendiri Kerana Tak Siapkan Kerja Sekolah

Apabila bercakap tentang pebelajaran, ibu bapa di Asia sering dikaitkan dengan ketegasan dan disiplin melampau sehingga tahap mendera emosi dan fizikal si anak. Gred akademik di sekolah menjadi kayu ukur utama dalam menentukan tahap kecerdasan anak-anak.

Di Jiangsu, China, seorang ibu bertindak memukul anak lelakinya berusia 9 tahun gara-gara keluar bermain sebelum menyiapkan kerja sekolahnya.

Gambar hiasan / The Atlantic

Kanak-kanak tersebut dikatakan turut terhilangkan telefon bimbit yang dibawa secara tidak sengaja. Dia kemudiannya memberitahu si ibu tentang kehilangan telefon tersebut sebelum mereka sama-sama mencarinya kembali.

Malang baginya, akibat tidak menemui telefon itu, si ibu menampar dan menuduh mangsa menipu. Apabila pulang ke rumah, si ibu sekali lagi berang apabila mengetahui kanak-kanak tersebut belum menyiapkan kerja rumahnya, membuatkan wanita itu bertindak memukul mangsa dengan kayu daripada pukul 6 petang hingga 11 malam.

Gambar hiasan

Dia juga dilaporkan menggunakan pita untuk mengikat kaki dan tangan anaknya sebelum mencucuk kaki mangsa menggunakan jarum jahit secara berulang kali. Dalam tempoh 5 jam itu, dia hanya memberi beberapa teguk air untuk anaknya.

Apabila dia membawa anaknya ke bilik tidur, si anak berkata,

“Mama, saya tidak mahu berjumpa mama lagi.”

Tanpa menghiraukan anaknya, dia pergi ke bilik berasingan untuk tidur.

Pada jam 5 pagi keesokan hari, wanita tersebut menemui jasad kanak-kanak lelaki tersebut yang tidak lagi bernyawa di atas lantai. Dia cuba memberi bantuan kecemasan, namun anak tersebut tidak lagi dapat diselamatkan.

Mangsa disahkan mati oleh paramedik yang tiba di lokasi kejadian. Mengikut laporan bedah siasat, mangsa maut disebabkan darah beku dan saluran paru-paru yang tersumbat akibat dipukul.

Gambar hiasan

Mengikut laporan oleh China’s Modern Express, wanita tersebut dipenjara 10 tahun akibat perbuatannya itu.

Pada Februari lalu di Hunan, China, seorang kanak-kanak lelaki dicederakan bapanya menggunakan pisau akibat tidak melakukan kerja rumah dalam waktu yang ditetapkan.

Sumber: AsiaOne

Amira

Love yourself.