Siakap Keli

“Meninggal Ketika Mencari Nafkah, Indah Cara Pengakhirannya,” Cemburu Anggota Polis Dijemput Ilahi Ketika Bibir Dibasahi Zikir

Usai solat Maghrib, seorang anggota polis rebah lalu meninggal dunia ketika imam membacakan zikir semalam. Arwah Fadzil Ahmad, merupakan seorang anggota polis berpangkat Sub Inspektor meninggal dunia di Masjid Al-Wajdi Bukit Selambau.

Arwah dikatakan rebah di ruang solat dan dibawa pulang ke kediaman di Tasek Gelugor bagi urusan pengebumian.

Pemergian arwah dianggap sebagai kematian yang dicemburui dek kerana dijemput Ilahi pada ketika yang sangat baik iaitu di dalam masjid, baru usai solat Maghrib dan juga bibir sedang berzikir kepada Allah.

Ada juga diantara netizen yang berkongsi pengalaman sepanjang mengenali arwah dikatakan seorang yang sangat baik dan peramah.

Rata-rata warganet mengucapkan takziah dan mendoakan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Sumber: Facebook

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa