Siakap Keli
Gambar Hiasan

Tersalah Kebumi Bayi Orang Lain, Pengarah Hospital Mohon Maaf

Kematian bayi merupakan perkara yang sangat menyedihkan terutamanya bagi ibu bapa bayi sendiri. Perkara ini adalah kerana bayi baru sahaja keluar ke dunia dan ibu bapa belum puas untuk melihat reaksi mereka. Namun, lebih menyedihkan bagi keluarga ini apabila mereka telah menguburkan bayi yang salah.

Perkara tersebut berlaku apabila pihak hospital telah menghantar mayat bayi yang salah kepada keluarga yang tinggal di Arviat, Nunavut. Kesilapan secara tidak sengaja itu berlaku setelah berlaku ralat setelah kematian Tony Alagalak dan bayi lelaki baru lahir Alice Kinak di Hospital St. Boniface pada bulan April.

Namun, pada bulan Mei, pegawai hospital yang menyedari kesilapan penghantaran mayat bayi itu telah pergi berjumpa keluarga tersebut untuk memaklumkan perkara tersebut.

Menurut Martine Bouchard, Ketua Pegawai Eksekutif & Presiden Hospital St. Boniface, dia sangat menyesal akan kesilapan tersebut dan akan mengkaji semula kesalahan yang dibuat.

“Saya tidak dapat memberitahu anda bagaimana ia berlaku, tetapi saya boleh memberitahu anda bahawa kami sangat menyesal dan akan mencari tahu puncanya.”

Tambahnya lagi, kejadian tersebut merupakan kejadian  yang jarang berlaku setelah 33 tahun dia berkhidmat di dalam bidang ini. Walau bagaimanapun, Bouchard telah mengadakan wawancara bagi memberi penghormatan kepada keluarga dan menzahirkan kekesalan daripada pihak mereka dengan permohonan maaf.

Sumber: CBC

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa