Siakap Keli

Gerakkan Kutipan Derma Sehingga Ainul Selamat Dibedah, Nama Dr. Amalina ‘Trending’ Di Media Sosial

Setelah lima jam berada dalam bilik pembedahan untuk membuang tumor seberat 200g di dalam mulutnya, adik Ainul Mardhiah kini telah sedar.

Seperti kata-kata ayah Ainul, Ahmad Safiuddin, “Apa yang berlaku adalah kasih sayang Allah SWT. Asbabnya adalah doktor-doktor hebat kiriman Allah.”

Alhamdulillah, dengan adanya pasukan doktor-doktor yang berdedikasi dan pakar, tumor adik Ainul berjaya dibuang dengan selamat.

Bagi mengucapkan terima kasih kepada Dr. Amalina, rakyat Malaysia khususnya pengguna Twitter menjadikan nama Dr. Amalina trending di Malaysia dengan 39 ribu tweets.

“Terima kasih doktor”

Rata-rata warga maya meluahkan kekaguman terhadap doktor tersebut yang banyak membantu.

“Dr. Amalina tengah trending sekarang. Rakyat Malaysia, jom kita hargai pengorbanan beliau yang sangat bermakna buat keluarga Ainul (dan juga kita rakyat Malaysia). Dr. Amalina layak dipanggil superwoman,” kata Fazriyn.

“Beliau layak diberikan perhatian. Terima kasih Dr. Amalina dan pasukan. Moga Allah rahmati kamu,” kata Ain Zulaikha.

“Ainul Mardhiah, awak bayi yang cantik dan kuat. Dr. Amalina, terima kasih,” ucap Siti Nur Bayaa.

“Dulu cemerlang SPM, sekarang doktor hebat”

“Sangat berbangga dengan awak, Dr. Amalina. 15 tahun lepas awaklah pelajar yang mendapat 17A1 dalam SPM. Saya satu kumpulan dengan awak dan sejujurnya saya cemburukan awak dahulu. Tapi tengok sejauh mana pencapaian awak sekarang. Awak telah melakukan perubaan yang besar dalam masyarakat. BESAR,” kata Eddie Yusoff.

Dr. Amalina sekali lagi menjadi perhatian. Dulu ketika mendapat semua A dalam SPM, sekarang dalam kariernya,” kata Ano_Hidayah.

Semuanya bermula dengan Dr. Amalina

“Ini kerja pasukan. Tetapi ianya bermula dengan Dr. Amalina,” kata FarisHaziq64 sambil melampirkan paparan skrin kata-kata Dr. Ong seperti berikut,

“Tanpa Dr. Amalina, kita tidak tahu tentang kes ini dan sumbangan daripada rakyat Malaysia menjadikan Ainul dapat ke sini (London) untuk rawatan,” kata Dr. Ong sambil berkata “Malaysia Boleh” dengan senyuman lebar di wajahnya.

Di samping Dr. Amalina, pembedahan tersebut dijalankan oleh sekumpulan doktor pakar craniofacial, plastik dan perunding kepala dan leher yang diketuai oleh Prof. David Dunway serta seorang lagi pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr. Juling Ong, Pakar Bedah Craniofacial.

Sumber: Ahmad Safiuddin, Dr. Amalina Bakri

Amira

Love yourself.