Siakap Keli
Gambar Hiasan

Peratusan Kebimbangan Keselamatan Pengguna Internet Di Malaysia

Rakyat di negara kita sangat selesa menggunakan identiti digital untuk berurusan dengan kerjaan tetapi tidak begitu ketika mengakses perkhidmatan kewangan perbankan terbuka daripada pelbagai penyedia atau memberi kuasa pembayaran dari peranti mudah alih, dengan menyatakan kebimbangan keselamatan data sebagai halangan utama.

Rakyat Malaysia lebih prihatin terhadap isu-isu keselamatan data, seperti kecurian identiti, penipuan kad kredit dan virus atau penggodaman internet berbanding dengan ancaman fizikal seperti bencana alam dan perang atau keganasan, dan ini menghalang pengguna daripada menggunakan sepenuhnya perkhidmatan kewangan berasaskan identiti digital yang baharu.

Tiga kebimbangan keselamatan yang utama bagi rakyat Malaysia pada tahun ini adalah:

1. Penipuan Kad Bank

Sebanyak 88 peratus daripada rakyat Malaysia mempunyai kebimbangan yang sama terhadap orang lain memperolehi atau menggunakan butiran kad kredit dan debit mereka.

2. Akses tanpa kebenaran kepada maklumat peribadi

87 peratus daripada rakyat negara ini amat dan bimbang mengenai akses tanpa kebenaran atau penyalahgunaan maklumat peribadi.

3. Penggodaman atau virus internet

Sebanyak 78 peratus daripada rakyat Malaysia bimbang mengenai isu ini.

Sebahagian besar rakyat Malaysia selesa menggunakan beberapa bentuk identiti digital untuk berinteraksi dengan organisasi kerajaan, tetapi sokongan jatuh secara dramatik kerana menggunakan identiti digital untuk berinteraksi dengan penyedia komersial dan kewangan.

Apa yang anda lihat di sini, sebanyak 46 peratus daripada rakyat malaysia telah mengalami pelanggaran data pada 2018 tetapi hanya 15 peratus melaporkan bahawa profil media sosial mereka telah digodam. Hanya 14 peratus mendapati e-mel sebahagian rakyat Malaysia telah digodam.

Kebimbangan mengenai keselamatan data disebut sebagai punca utama di atas perasaan tidak menyelesakan itu dengan semua jenis identiti digital dipertimbangkan di dalam kaji selidik itu.

Peratusan Tindakan Diambil Oleh Mereka Yang Mengalami Pelanggaran Data

Sebahagian rakyat Malaysia bersikap leboh terbuka untuk menggunakan identiti digital bagi berurusan dengan sesebuah organisasi. Ada lima golongan yang mengambil tindakan seperti 30 peratus masyarakat mengambil tindakan undang-undang. Manakala 32 peratus berhenti berurusan dengan organisasi seperti menutup akaun.

Seramai 18 peratus masyarakat negara ini mendedahkan isu pelanggaran data melalui media serta  25 peratus mendedahkan secara umum isu tersebut melalui media sosial. hanya 14 peratus rakyat Malaysia terus berurusan dengan organisasi tetapi tidak secara langsung melalui atas talian.

Masyarakat lazimnya cenderung secara digital, oleh itu pembekal yang menunjukkan bahawa kebimbangan keselamatan data ini telah ditangani boleh menggunakan keselamatan sebagai satu pembeza kompetitif.

Sumber : Unisys Security Index Malaysia 2019/ Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang