Siakap Keli
Gambar: People's Daily

Seharian Tertidur Dalam Bas Sekolah, Murid Empat Tahun Maut, Cikgu Dan Pemandu Ditahan

Terperangkap di dalam kawasan tertutup di bawah cuaca yang sangat panas boleh menjejaskan kesihatan dan tubuh badan manusia. Perkara ini juga boleh menyebabkan kematian sekiranya terperangkap dalam tempoh yang lama. Begitulah yang terjadi kepada seorang budak lelaki yang berusia empat tahun apabila terperangkap di dalam bas sekolah dibawah cahaya panas terik.

Kanak-kanak lelaki tersebut telah terperangkap selama lima jam di dalam bas yang tertutup selepas pemandu dan guru tidak menyedari kehadirannya di dalam bas.

Dia dipercayai tidur bersama rakan-rakannya semasa perjalanan ke Tadika Damao Golden Cradle di Wanning, wilayah Hainan pada 8.30 pagi, 30 Mei.

Gambar: Kan Kan News

Kanak-kanak tersebut ditemui tidak sedarkan diri oleh kakitangan sekolah pada jam 1.30 petang di mana cuaca semasa pada waktu itu sangat terik. Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital tetapi telah disahkan meninggal dunia akibat strok haba.

Gambar: Pear Video

Pemandu dan dua guru telah ditangkap oleh pihak polis untuk siasaan lanjut. Pengetua sekolah juga ditahan namun telah dibebaskan dengan ikat jamin kerana hamil lapan bulan. Berikutan kes tersebut, tadika tersebut telah ditutup dan pelajar dihantar ke pra-sekolah yang lain.

Sumber: DailyMail

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa