Siakap Keli
Gambar Hiasan

“Akhirnya Umat Islam Terperangkap,” Ahli Agama Ini Kongsi Cara Berhadapan Fitnah Akhir Zaman

Beberapa hari ini dapat dilihat bahawa semua platform media sosial ‘dihangatkan’ dengan isu berkenaan video yang memaparkan adegan tidak sepatutnya. Pelbagai spekulasi dan prediksi yang bermain-main di dinding semua pengguna media sosial, masing-masing cuba untuk memberikan pendapat mahupun pandangan.

Ia sebenarnya merupakan senario biasa yang terjadi di negara-negara membangun di seluruh dunia. Menjadi public figure ternyata bukanlah mudah, setiap masa perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

Gambar Hiasan

Namun, sebagai manusia, harusnya kita sedar tiada yang sempurna. Sebelum membuat sebarang kenyataan terhadap tindakan orang lain, lebih baik kita bimbangkan keadaan diri sendiri dahulu. Jangan terlalu megah berspekulasi tanpa mengetahui cerita sebenar.

Oleh itu, Ustaz Ahmad Dusuki telah menulis di dalam hantaran di laman Facebooknya mengenai perkara ini. Menurut beliau:

Apabila Berhadapan Dengan Fitnah

1) Semenjak akhir akhir ini, kita di landa dan di serang dengan momokkan fitnah yang banyak, ia menguji tahap keimanan yang ada kepada kita sebagai ummah yang beriman. Antara percaya dengan menolak fitnah itu.

2) Al Quran semenjak 1440 tahun yang lalu telah mengajar kepada kita bagaimana berhadapan situasi fitnah sebegini.

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”

3) Dunia moden ini menyaksikan pelbagai cara musuh musuh mencipta persepsi yang di reka untuk menjatuhkan musuh mereka. Alat alat moden ini di gunakan serta media media propaganda di gerakkan bagi menyakini terhadap ciptaan persepsi mereka itu.

Gambar Hiasan

4) Akhirnya kita sebagai umat Islam ini terjebak dan terperangkap dengan ciptaan musuh musuh itu.

5) Rasulullah mengingatkan kita terhadap fitnah akhir zaman yang akan di lalui oleh ummatnya ialah harta, takhta dan wanita (nafsu), demikianlah jebakkan musuh mengenakan kita.

6) Sebagaimana tuduhan fitnah keatas pemimpin-pemimpin politik kita masa kini, kita sebagai ummat Islam sewajibnya kembali kepada Al Quran dan Assunnah bagi menyelamatkan kita dari arus gelombang fitnah yang di reka ini.

Gambar Hiasan

7) Bagi kita sebagai ummat Islam bertahanlah dengan keimanan yang jitu kepada Allah dan Rasul, moga kebenaran akan muncul setelah gelap malam yang akan menerbitkan fajar siang melihat kebenaran itu dengan Al Quran dan Hadis rasul itu.

8 ) Bertabahlah wahai mukmin.

Sumber : Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.