Siakap Keli

Lelaki Menangi Bida Durian Baka Paling Sedap Di Dunia, Sanggup Bayar Hampir RM 200k

Seorang ahli bisnes pencinta durian sanggup membida sebiji durian dengan harga RM 199,695 dalam satu lelongan di Nonthaburi, Thailand sempena Festival Raja Durian 2019 baru-baru ini.

Durian jenis kanyao itu merupakan jenis termahal di dunia dengan harga minimum 20 000 baht atau kira-kira RM 2,663.

Durian mewah yang dipilih mengikut saiz, bentuk dan tahap keranuman itu telah memecahkan rekod durian termahal pada tahun lepas yang berharga 800,000 baht (RM 106, 520).

Gambar: Ecns.cn

Pemilik ladang, Maliwan Han Chai Thai berkata,

“Saya tahu ia durian yang istimewa tapi saya terkejut dengan harga yang dibida. Saya jangka ia hanya mencapai 1 juta baht, jadi bila dijual lebih dari itu, baguslah.”

“Saya harap pembida yang lebih tinggi menikmati durian itu. Jenis itu merupakan yang paling sedap di dunia dan kami akan tetap mengusahakannya.”

Ladang durian jenis Kanyao, durian yang manis dan berkrim itu kebanyakannya telah musnah ketika banjir besar melanda beberapa tahun lalu, cuma ladang itu sahaja yang masih mengusahakannya.

Dalam acara itu, sembilan biji durian dari jenis Monthong, Kanyao dan Kop Med Tao diarak atas bantal velvet dengan nilai 300,000 baht (RM 39,947) setiap satu.

Gambar: TheWayFaringSoul

Hasil lelongan kesemua durian bernilai 4.5 juta baht (RM 599,355) akan diberikan kepada peladang dengan sebahagian daripadanya didermakan ke badan kebajikan tempatan untuk membeli peralatan hospital.

Sumber: Channel News Asia

Amira

Love yourself.