Siakap Keli
Gambar: Lintas Muslim24

Tahun 2040 Daging Tidak Akan Datang Daripada Sumber Haiwan – Kajian

Daging merupakan salah satu pilihan kebanyakan daripada kita untuk dijadikan sajian makanan. Perkara ini adalah kerana setiap daging mempunyai rasa dan keenakan yang tersendiri.

Sekiranya bercakap tentang daging, rata-rata kita akan mengaitkan dengan daging lembu atau kambing. Walaupun harga daging sedikit mahal daripada makanan mentah lain, namun ianya tidak menghalang orang ramai untuk menikmatinya.

Gambar: zine.my

Mengikut laporan oleh perunding global, AT Kearney, orang ramai mula prihatin terhadap pengeluaran daging konvensional dan mengenai kebajikan haiwan tersebut. Disebabkan itu, kebanyakan daging yang akan dimakan pada tahun 2040 tidak akan datang dari haiwan seperti lembu dan kambing yang disembelih. Sumber makanan ini akan digantikan dengan produk yang berasaskan tumbuhan yang kelihatan mirip dan mempunyai rasa seakan-akan daging.

Industri daging konvensional melibatkan berbilion-bilion haiwan yang diproses bagi mendapatkan daging dalam masa setahun. Oleh yang demikian, orang ramai sudah mula prihatin terhadap perkara ini dan menganggap ternakan seperti itu tidak perlu dilakukan secara besar-besaran.

Hampir separuh daripada tanaman dunia diberikan kepada ternakan, tetapi hanya 15% kalori tumbuhan yang diperolehi oleh manusia melalui daging. Melalui laporan tersebut, pergantian daging pada 2040 pastinya akan mengekalkan tiga perempat kalori melalui pemakanan daging yang dijana melalui tumbuhan itu.

Gambar: Konsultasi Syariah

Pada 2040, dianggarkan 35% daripada semua daging akan dibiakkan dan 25% akan menggantikan vegan. Anggaran ini menunjukkan kecekapan alternatif yang lebih besar daripada daging konvensional seperti yang kita nikmati pada hari ini.

Sumber: The Guardian

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa