Siakap Keli

(Video)Mengaku Lelaki Dalam Video Tular, Haziq Digantung Tugas SU Sulit Timbalan Menteri Serta-Merta

Haziq Abdul Aziz, pemuda yang tampil dalam sebuah video membuat dakwaan melakukan hubungan dengan seorang menteri baru-baru ini bakal berhadapan tindakan digantung tugas sebagai Setiusaha serta merta.

Datuk Seri Shamsul Iskandar, Timbalan Menteri Kementerian Industri Utama, berkata, “Di peringkat kementerian, segala proses siasatan mengikut prosedur ditetapkan telah dibuat.

“Dia diarah untuk memberi surat tunjuk sebab dalam tempoh tiga hari bermula semalam.

“Kementerian tidak akan teragak-agak untuk menamatkan kontrak beliau secara serta merta jika tiada sebarang maklum balas yang diterima dalam tempoh ditetapkan,” kata Shamsul dalam sidang media di Kementerian Industri Utama jam 3 petang tadi.

“Sekali lagi, saya menyeru semua pihak bertenang dan menghayati firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 6 yang bermaksud ”Wahai orang-orang yang beriman, apabila datang kepada kalian orang fasik dengan membawa berita maka periksalah dahulu dengan teliti agar kalian tidak menuduh sesuatu kaum dengan kebodohan lalu kalian menyesal akibat perbuatan yang telah dilakukan,”.

Sumber: Shamsul Iskandar Mohd Akin

Amira

Love yourself.