Sebahagian daripada kita sering tidur lewat dek kerana sibuk menyelesaikan tugasan mahupun hanya menghabiskan masa menonton televisyen atau bermain telefon pintar.
Namun, tahukah anda yang tidur lewat malam selepas 11 malam boleh mendatangkan pelbagai kesan buruk kepada kita? Antaranya ialah ia boleh menyebabkan kulit serta rambut menjadi kurang sihat dan akan kelihatan lebih tua.
Menurut pakar kulit dan rambut Geoff Wright, berkata bahawa sistem kulit dan kulit kepala manusia menjalankan proses menghidrat sekitar pukul 8 malam ke 11 malam.
Selepas tempoh itu sehinggalah sekitar pukul 3 pagi adalah waktu penting bagi kulit dan kulit rambut kerana ia akan menjalankan proses regenerasi serta menyerap nutrisi-nutrisi penting.

Atas sebab itu, manusia dinasihatkan untuk mula berehat dan bersedia untuk tidur pada pukul 10.30 malam bagi membolehkan kulit kepala serta sel kulit untuk membaikpulih.
Anda susah untuk tidur lebih awal? Berhenti menggunakan peranti seperti telefon pintar dan komputer lebih awal. Ini kerana menurut Dr Kulreet Chaudhary, cahaya daripada komputer dan telefon pintar akan melambatkan penghasilan hormon melatonin.
Hormon tersebut adalah penting bagi membolehkan manusia berasa mengantuk pada waktu malam. Atas sebab itu jugalah manusia lebih cenderung untuk rasa mengantuk pada waktu malam berbanding siang hari.
Jadi, untuk kekal nampak muda dan menawan, tidur awal sebelum jam 11 malam. Ini ternyata adalah salah satu cara menjaga keremajaan kulit serta kesihatan kepada yang paling murah dan mudah.
Terutamanya buat wanita, kesihatan kulit seperti kulit muka adalah salah satu perkara yang sangat dititikberatkan untuk tampil bergaya dalam khalayak ramai.
Sumber: Sleep Education, Her World