Siakap Keli
Gambar Hiasan

(Video) Mengenang Kembali, Peristiwa Rundingan Kerajaan Dan PKM Untuk Minta Komunis Letak Senjata

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Masihkah anda ingat tentang peristiwa Baling 1955, perundingan antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan parti Komunis Malaya (PKM). Rundingan ini diadakan di Baling. Berlangsung di Sekolah Inggeris Baling (Sekolah Kebangsaan Tunku Putra) Kedah pada 28 dan 29 Disember 1955.

Wakil parti perikatan terdiri daripada Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan David Marshall sementara wakil PKM terdiri daripada Chin Peng, Chien Tien dan Rashid Maidin.

Mungkin kita pernah mendengar kisahnya daripada buku-buku sejarah tetapi tidak berpeluang merasai sendiri detik-detik rundingan itu berlaku. Dengan hal itu, hari ini SK berpeluang untuk berkongsikan beberapa video semasa rundingan itu berlangsung yang dikongsikan oleh pengguna Twitter, Jazlie Dawani.

Sebelum peristiwa ini kira-kira 4 bulan sebelum, kerajaan Malaya menyebarkan  supaya PKM menyerah diri dan meletakkan senjata. Mereka yang menyerah diri akan diberi pengampunan. Sejumlah hampir 35 juta risalah ditenarkan di hutan melalui kapal terbang.

Melalui penceritaan Allayarham Atuknya yang pernah terlibat sebagai MP semasa darurat, pihak kerajaan memberikan pampasan dalam bentuk wang tunai atau tanah kepada komunis yg menyerah diri dan menyerahkan senjata kepada pihak polis. Peristiwa ini merupakan antara rentetan perjuangan moyang kita.

 

Sebagai generasi baru dalam negara ini, kita perlu berbangga dengan perjuagan atuk moyang kerana tajamnya mata pena tersebut dapat mencapai kemenangan tanpa banyak pertumpahan darah.

Sumber: Jazlie Dawani

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang