Siakap Keli

”Mulut Tak boleh Tutup, Air Liur Meleleh Sampai Tak Cukup Tisu,” Tolong Buang Pokok Beracun Ni Kalau Nak Anak Selamat

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Hanya pegang dan gigit sikit, namun kesannya hingga mengalami kekejangan sampi terpaksa dikejarkan ke hospital. Begitulah yang dialami oleh seorang kanak-kanak setelah bermain dengan pokok keladi yang sering dijadikan hiasan di rumah-rumah.

Mungkin ramai ibu bapa di luar sana yang masih belum tahu mengenai bahaya pokok hiasan ini. Ianya mempunyai racun berbahaya yang boleh membawa kepada kematian bukan sahaja kepada kanak-kanak malah orang dewasa sekalipun. Lebih baik mencegah sebelum parah. Jom ikuti perkongsian seperti di bawah.

TOLONG BUANG POKOK BERACUN INI! JANGAN TANAM!

Guys, just want to share with you all. Mungkin ada yang dah tahu mungkin yang belum.

Kalau ada kat rumah kita tanam pokok keladi seperti gambar ni dan ada anak kecik, eloklah dibuang saja pokok tu sebab BERACUN!

Kejadian petang kelmarin. Nashwa main kt luar rumah dia ambil pokok tu dan gigit sikit. Just a tiny bit. Masuk rumah menangis mcm luka teruk but tak nampak luka atau apa2 kesan sakit. Panik ibu pun tak tahu punca apa. This 4 years old girl taknak bagitau takut ibu marah dia. Lepas diasak tanya Nashwa dia ckp dia gigit daun tu. Terus suruh adik google n jumpa about this plant.

Gambar : adrydaud.blogspot.com
Gambar : adrydaud.blogspot.com

Dieffebachia. Pokok hiasan yg sering di perkarangan rumah. Getah dan daun mengandungi calcium oxalate yg mnyebabkan gatal-gatal, kekejangan bibir dan lidah. Yes betul pokok tu! Nashwa nangis sambil mulut ternganga takleh tutup mgkin sbb kejang bibir. Air liur pun menitik tak henti.

Malam kejadian bibir bengkak lagi besar. Masa pergi jumpa doc tu tak bengkak besar camni. Tidur sapu ubat doc bagi.

Mulut takleh tutup. Cramp maybe. Cakap pon susah. Nangis je boleh.

Terus start kereta bawak ke klinik. Doktor tanya ada telan tak. Ibu dah la tak tahu, nashwa pulak takleh cakap. Doc cek bibir bengkak skit pernafasan semua ok. Doktor kata kalau dia telan, bengkak kt kerongkong, boleh mnyebabkan saluran pernafasan tersekat. Doktor bg ubat sapu bengkak, alergik dan charcoal untuk serap racun klau ada yg masuk perut. Alhamdulillah hari ni dah okey.

Kat klinik. Air liur meleleh-leleh. Sampai tak cukup tisu. NI BUKAN SAWAN. Nasib baik air liur je. Kalau berbuih mulut lagi ibu panik. 

Tanya Nashwa kakak makan ka daun tu. Then dia cerita dia amik satu tangkai dan koyakkan daun tu. Ada dia gigit sikit je. Lepas tu dia ludah balik dan lari masuk rumah minum air. Katanya pedih. Luckily sikit je. Kalau tertalan banyak? Nauzubillah moga dijauhkan.

Hus nak pesan kt semua yang ada tanam pokok ni, eloklah dibuang je. Risau budak2 yang xreti apa lagi ni amik masuk mulut. Kids being kids kan.. Dorang curious. Semua menda nak explore. Kita yang kena sediakan safe environment untuk diorang.. Sentiasa pantau apa budak2 kecik ni buat. Lagi2 musim raya ni merata2 kita ziarah saudara dan kawan2. If anything happen always go straight to doctors ok.

Silakan share supaya semua orang alert. Semoga posting ni bermanfaat.

Sumber : Husnulkhotimah Fahmi

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.