Siakap Keli
Gambar Hiasan

Ramai Yang Sangka Daun Ketumbar ‘Busuk’, Ini Penjelasan Kenapa Ia Berbau

Mungkin ramai yang suka dan mungkin tidak dengan daun ini kerana baunya. Daun ini selalunya ada dalam masakan seperti sup dan tomyam. Nama daun ini sangat unik iaitu daun Ketumbar. nama saintifiknya ialah Coriandrum Sativum adalah sejenis tumbuhan herba dari keluarga Apiacea.

Mungkin ada yang alah dengan bau daun ini dan menyebabkan anda tidak lalu makan atau tersekat terus nikmat untuk menikmati juadah walaupun ianya makanan kegemaran anda. Lain pula bagi yang mengemar makan daun ini. Untuk pengetahuan anda, ada sesetengah orang yang jadikan daun ketumbar ini sebagai ulam mentah yang dimakan bersama nasi dan sambal belacan.

Tapi secara logiknya, daun ini memberi persepsi bau dan rasa yang berbeza pada setiap orang yang memakannya. Ada juga yang dapat bau seperti segar dan rasa sitrus. Ada pula sesetengah golongan mendapati baunya seakan serangga, sabun atau sayur reput.

Pernah tak anda berfikir kenapa ianya terjadi? Mari kita baca satu fakta menarik yang dikongsikan di laman Facebook, Ini Sains tentang daun ketumbar mengeluarkan bau dan rasa yang berbeza kepada orang yang memakannya,

Ketumbar mengandungi tinggi kompaun aldehid yang juga terdapat dalam sabun dan sesetengah serangga. Contohnya seperti kompaun aroma dari kumpulan (E)-2-alkenals dan aldehid yang tidak tepu seperti decanal, decenal.

Kenapa sesetengah orang tak bau ketumbar pelik?

Sebenarnya, ia juga dipengaruhi oleh genetik kita. Terdapat kluster gen yang mengaruh persepsi rasa pada manusia. Contohnya gen OR6A2 yang mengekod reseptor yang sensitif pada kompaun aldehid.

Jadi, jika seseorang memiliki variasi gen ini mereka akan sangat sensitif dengan bau aldehid. Contohnya pada ketumbar. Orang lain lebih bau sitrus dari linalool, orang dengan variasi genetik OR6A2 dapat lebih menghidu bau aldehid sabun dan serangga tersebut.

Terdapat 14-21% dari orang Asia Timur, Afrika, Caucasian tidak menyukai ketumbar. Manakala, hanya 3-7% saja dari populasi seperti Asia barat, Hispanic, South Asian, Timur tengah tidak sukakan bau ketumbar.

Jadi, jika anda termakan daun ketumbar di dalam mana-mana masakan, jangan terkejut jika ianya berbau seperti serangga dan sabun. Selalunya ia akan muncul dalam masakan berunsurkan Thai. Ini semua adalah pengaruh genetik kita.

Sumber: Ini Sains

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang