Siakap Keli

Tak Sangka Niat Nak Tolong Bayarkan Minyak ‘Customer’, Lelaki Terima Ganjaran Duit Bersamaan Lapan Tahun Gaji

Setiap kebaikan yang dilakukan pastinya akan diberikan ganjaran yang lebih hebat. Kebaikan yang dilakukan pastinya akan membantu meringankan beban dan secara tidak langsung dapat mencerminkan peribadi mulia serta menjadi contoh buat orang lain.

Baru-baru ini, tular mengenai kisah seorang pekerja stesen minyak di luar negara yang diberi ganjaran lumayan setelah membantu seorang pelanggan yang berkunjung ke stesen itu.

Perkara ini terjadi ketika seorang wanita, Monet van Daventer yang dalam perjalanan ke Cape Town dan ingin mengisi minyak. Malangnya, wanita itu tersedar bahawa dia tertinggal kad kredit di rumah dan tidak punya wang untuk membayar minyak tersebut.

Seorang pekerja stesen berkenaan rela hati menghulurkan bantuan dengan mendahulukan duitnya untuk membayar kos minyak itu.

Saya memberitahu kepada petugas itu untuk menghentikan pengisian kerana saya tidak dapat mencari dompet.  

Mendengar luahan perempuan tersebut, Nkosikho lantas menggunakan wang miliknya sendiri untuk mengisi minyak kenderaan wanita tersebut.

Tidak mengapa puan, anda akan kehabisan bahan api di N2 dan itu terlalu berbahaya.

Disebabkan terharu dengan kebaikan petugas yang berusia 28 tahun itu, Monet van Deventer berkongsikan kisah tersebut di laman Facebook dan kemudiannya membuat halaman ‘crowdfunding’ untuknya. Hasilnya, kutipan yang diperolehi adalah sebanyak RM137, 414.73.

Tidak lama daripada peristiwa itu, Deventer kembali ke stesen minyak tersebut untuk membayar balik wang Mbele termasuk kutipan yang diperolehi. Melalui perkiraan, wang yang diterima oleh Mbele itu adalah bersamaan dengan lapan tahun gaji bekerja di stesen minyak tersebut.

Menurut Mbele, dia cuma melakukan apa yang patut dilakukan oleh semua orang dan perbuatannya itu datang daripada hati.

“Saya hanya melakukan apa yang dilakukan oleh orang lain, dari hati. Saya hanya mahu menyatukan manusia”

Sumber: Elite Readers

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa