Siakap Keli

Bahaya Atau Tidak Kesan Pil Perancang Untuk Kesihatan Wanita? Ini Penjelasan Pakar

Pil perancang sebenarnya digelar sebagai pil hormon. Ia mengandungi hormon estrogen dan yang digabungkan dengan hormon progestin. Fungsinya untuk seseorang wanita mengelak daripada hamil. Tetapi pernah tak anda terfikir bahawa ianya selamat atau tidak?

Ini kerana kebanyakkan wanita di Malaysia kurang didedahkan dengan fakta sebenar pil perancang akibat salah tanggapan yang berleluasa di media sosial. Jangan risau lagi, hari ini SK akan kongsikan beberapa soalan yang akan membantu anda menghilangkan rasa keraguan dalam diri anda.

Kandungan Sebenar Dalam Pil Perancang

Pil ini sebenarnya turut digelar sebagai pil hormon. Pil ini selalunya dimakan oleh golongan ‘wanita jadian’ untuk mendapatkan kulit mulus dan tubuh badan yang cantik.

Fungsi Pil Perancang

Pil ini berfungsi mengehntikan proses ovulasi dan menjadikan anda tidak subur buat seketika waktu. Hormon yang terdapat dalam pil perancang akan menghalang telur (ovum) daripada meninggalkan ovari atau menempel pada dinding rahim.

Proses ini menyebabkan sperma tidak dapat disenyawakan bersama telur walaupun ia masuk dalam rahim. Selain itu, ia juga bertindak menebalkan mukus yang terdapat pada pangkal rahim (serviks). Hal ini akan menyebabkan sperma sukar menembusinya.

Bolehkah Wanita Kembali Hamil Selepas Menghentikan Pengambilan Pil Perancang ?

Anda boleh kembali hamil kerana pil perancang adalah pencegah kehamilan yang bersifat sementara. Secara teknikalnya, ia hanya bertahan 24 jam. Sebab itulah anda mesti memakannya pada masa yang sama setiap hari.

Adakah Hamil Sekiranya Tidak Mengambil Pil Tersebut?

Ia adalah satu kemungkinan yang tinggi untuk hamil. Jika anda mengambil pil kawalan kelahiran dengan betul seperti yang diarahkan, mereka kira-kira 99 peratus berkesan untuk mencegah kehamilan. Tetapi jika anda terlepas pil atau beberapa pil semasa kitaran, anda mungkin berisiko tinggi kehamilan yang tidak diingini semasa kitaran itu.

Adakah Pil Perancang Boleh Naikkan Berat Badan?

Tidak sama sekali, kajian telah menunjukkan bahawa kesan pil perancangan adalah sangat tipis untuk seseorang itu berlaku kenaikan berat badan.

Bilakah Waktu Sesuai Untuk Mulakan Ambil Pil Perancang?

Untuk pengetahuan anda, ibu menyusu boleh memulakan pil ini 6 minggu selepas bersalin supaya anak lebih matang dan pengeluaran susu ibu sudah mantap. Ini kerana pil perancang boleh mengurangkan pengeluaran susu badan. Ibu-ibu yang memberi susu formula pula boleh mula mengambil pil perancang 3 minggu selepas bersalin.

Adakah Semua Wanita Boleh Mengambil Pil Perancang?

Kebanyakan wanita yang normal dan sihat tubuh badan boleh mengambil pil perancang, cuma perlu mencari yang sesuai. Anda tidak digalakkan mengambil pil ini sekiranya anda merokok, mengalami penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, migrain, kanser, sawan, masalah salur darah, atau penyakit hati.

Sekiranya anda berumur 35 tahun ke atas atau pernah mengalami sebarang penyakit, anda seharusnya merujuk kepada preskripsi doktor. Walaupun sesetengah pil perancang boleh dibeli dari farmasi, sebaik-baiknya dapatkanlah nasihat daripada mereka yang lebih arif.

Para ibu yang memilih untuk menggunakan pil perancang selepas hamil perlulah tahu cara dengan betul untuk mengambil pil ini dan perlu dengar nasihat doktor untuk pengambilan selanjutnya.

 

Sumber: Mayo Clinic

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang