Siakap Keli
Gambar: Twitter

“Bayangkan Monyet Tu Manusia,” Tular Video Beberapa Lelaki ‘Siksa’ Monyet Undang Kemarahan Netizen

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Beberapa orang lelaki mengundang kemarahan warga maya apabila bertindak merakam perbuatan mereka mendera dua ekor monyet sebelum salah seorang daripada mereka berkongsi video tersebut di status Whatsapp.

Video berdurasi 30 saat tersebut kemudian dikongsi oleh seorang pengguna Twitter yang mengecam tindakan kumpulan itu dengan kapsyen, “Bayangkan monyet tu manusia, manusia tu beruk.”

Menurut sumber, individu-individu tersebut merupakan pekerja dewan makan di salah sebuah kem bina negara di utara tanah air.

Dalam video tersebut, dua lelaki dilihat ‘mengunci’ tangan kedua-dua ekor monyet yang meronta-ronta sebelum salah seorang daripada mereka bertindak menunjal-nunjal kepala dan menarik telinga haiwan berkenaan.

“Buat apa kau datang sini? Menyusahkan orang betul lah,” kata individu bertopi merah di dalam video tersebut.

“Insaf ke belum? Mencuri!” kata lelaki yang sama sambil menarik telinga monyet berkenaan yang didakwa mencuri makanan.

Lelaki tersebut menarik telinga monyet berkenaan sambil diperhatikan rakannya.

Tindakan mereka mendapat reaksi netizen yang rata-rata mengecam tindakan terbabit.

Ramai yang meninggalkan komen sinis terhadap kumpulan tersebut

Kesimpulannya, berfikirlah sebelum bertindak kerana kita dianugerahkan akal. Jika kita tidak menggunakan akal, apa bezanya kita dengan haiwan tersebut?

Sumber: @Fafalinfazlin

Amira

Love yourself.