Pasti ada yang pernah tertanya-tanya, kenapa wajah di dalam gambar dan cermin kelihatan berbeza? Kadang-kadang wajah di dalam cermin terlihat lebih elok, kadangkala kita lebih suka wajah kita di dalam gambar.
Jadi, mana satu yang menunjukkan wajah kita yang sebenar? Berikut merupakan faktor yang membuatkan wajah kita tampak berbeza di dalam cermin dan kamera.
1. Psikologikal
Biasanya, kita tengok cermin dalam keadaan natural, tenang dan relaks di rumah tanpa sebarang tekanan. Tetapi apabila di hadapan kamera, kita sentiasa ingin hasilkan gambar tercantik. Jadi kita letak tekanan ke atas diri kita ketika mengambil gambar.

2. Angle
Tiada yang muka 100% simetri. Setiap pagi kita berdiri di tempat sama dan lihat diri kita melalui perspektif yang sama. Hal ini membuatkan kita lebih terbiasa melihat wajah di dalam cermin berbanding kamera. Selain itu, kita boleh ubah sudut wajah kita di dalam cermin, tetapi tidak di dalam gambar.
Di dalam kamera, kadangkala gambar kita diambil dalam keadaan kita tidak bersedia ataupun dari sudut yang kita tidak biasa lihat melalui cermin. Gambar diambil dari sudut berlainan menghasilkan gambar berbeza membuatkan kadangkala kita tidak berpuas hati dengan imej sendiri.

3. White balance
Pencahayaan di sekitar kita mempunyai suhu tersendiri. Di dalam cermin, otak kita akan secara automatik menyesuaikan perbezaan imej wajah kita mengikut persekitaran, tetapi kamera akan mengambil gambar yang sebenar mengikut suhu sekeliling.
4. Fokus
Bila tengok cermin, kita fokus kepada anggota wajah secara satu per satu. Tetapi dalam gambar, kita nampak semua anggota secara keseluruhan, membuatkan kita dapat lihat setiap inci tubuh termasuk perkara yang tidak signifikan sebelum ini seperti gaya badan yang janggal dan sebagainya.

5. Mirroring
Cermin menunjukkan imej kita yang dah diterbalikkan. Kamera pula menunjukkan wajah kita seperti dilihat oleh orang lain.
Kesimpulannya, wajah anda yang sebenar seperti dilihat orang sekeliling anda ialah imej di dalam kamera, tapi semestinya gambar yang diambil tanpa penapis ataupun filter.
Sumber: Bright Side, Sorelle Amore