Siakap Keli
Gambar : Ain Fatin Lyana

Tular Dengan Sifat Kejujurannya, Pemuda Ini Bakal Terima Ganjaran Dari Pihak Tesco

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ketika bekerja, kita akan didedahkan dengan beberapa etika untuk dipatuhi. Etika kerja bukan sahaja melibatkan bagaimana seseorang itu melaksanakan tanggungjawabnya tetapi juga tingkahlaku, interaksi dan komunikasinya ketika menjalankan tugas.

Paling penting, seorang pekerja itu mestinya sentiasa jujur, gigih dan tekun ketika menggalas segala amanah yang telah diberi demi memastikan matlamat diri dan organisasi dicapai.

Semalam tular sebuah hantaran yang ditulis oleh Ain Fatin Lyana mengenai tindakan luar biasa yang dilakukan oleh seorang pekerja pasar raya kepadanya. Hantaran terbabit berjaya membuka mata netizen tentang sikap prihatin dan jujur yang masih ada di dalam diri masyarakat.

Menurut Ain dalam hantarannya itu:

Ada jugak manusia macam ni zaman sekarang

Semalam kak ain p la Tesco Stargate nk beli ikan, sayur. Elok sampai dalam pukul 10.30 depa dah bungkus-bungkus simpan. Pastu terus pecut pergi Tesco Mergong pulak. Sebab Tesco Mergong tutup lewat..

Sampai-sampai Tesco. Cari clutch bag husband tak jumpa. Rupa-rupanya tertingal dalam troli tesco stargate…chering bulu2 roma ni. Pucat muka-muka. Kalau toreh pun, tak keluaq darah oi. Sebab dalam bag tu baru tekan duit. Ada RM2000, adeh.

Menyerit bawak kereta tak sangga (tak ingat orang lain dah). Masa dalam perjalanan tu baca doa macam-macam keluar. dok fikir macam-macam. Elok-elok sampai sana jam 10.50 malam. Depa dok kemas-kemas troli dah.

Gambar : Ain Fatin Lyana

Nampak abg ni dok tolak troli terus terpa kat dia tanya,

“Ada nampak wallet saya tak?. Dia kata, ada-ada warna hitam ya, saya bru nak pergi hantar customer service.”

Alhamdulillah. Macam nak nangis rasa. Ada lagi manusia yang jujur mcm ni dizaman la ni. Ingatkan dah pupus dah. Sebab dok jumpa hat jenih tamak dengan harta dunia ja.

Ya allah kau jadikanlah hamba allah ni kaya dunia dan akhirat. Sebab hati dia bersih, Amin. Kalau abg ni mintak kerja, terima la dia sebab dia seorang yang jujur.

Terbaru, Ain Fatin Lyana menyatakan ketika dihubungi bahawa lelaki berkenaan bakal menerima ganjaran mahupun imbuhan dari tempat beliau bekerja.

Sumber : Ain Fatin Lyana

fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di