Siakap Keli
Foto: FB Harith Faisal/Berita Iban

”Buat Duit Untuk Kahwin Pun Boleh”, Perunding Kewangan Ini Kongsi 10 Sebab Kenapa Anak Muda Kena Melabur Dalam ASB Financing

ASB Financing adalah salah satu pelaburan yang paling popular di kalangan rakyat Malaysia. Ia menjadi pilihan ramai kerana menawarkan kadar pulangan yang baik dan risiko yang sangat rendah.

Akan tetapi, masih ramai lagi, terutamanya anak muda yang tidak melakukannya dan kebanyakan daripada kita masih tidak mengetahui dengan mendalam apa sebenarnya kebaikan ASB Financing.

Bagi membantu mereka yang masih belum memahami sepenuhnya mengenai pelaburan ini, penasihat kewangan Harith Faisal telah berkongsikan mengenai alasan mengapa anak muda perlu melabur dalam ASB Financing.

10 SEBAB ASB FINANCING ADALAH PELABURAN WAJIB UNTUK ANAK MUDA.

Posting ni panjang. Better kau SHARE dulu, dah sampi ofis nanti baru baca. Jangan baca masa tengah drive. Nanti kau excited baca sampai tak sedar terlanggar kereta depan.

1. Risiko sangat rendah
2. Pulangan tinggi
3. Simpanan paksaan
4. Simpanan ekspres
5. Sebagai tabung deposit rumah
6. Sebagai tabung kahwin
7. Sebagai rekod pertama CCRIS
8. Latihan komitmen bulanan
9. Sangat fleksibel
10. Kiraan mudah difahami

Kalau kau buat kira-kira ASB Financing dan kau nampak rugi, senang cerita, kau tu yang tak reti kira tapi bajet-bajet pandai. Ha! Awal-awal dah kena kasi ayat sentap.

Pertama sekali, kau kena download dan install app Financial Calculators dalam fon android kau. Kalau pakai Apple, cari app EZ Financial Calculators.

Dalam app tu ada macam-macam jenis kalkulator tau. Tapi kita perlu guna 2 jenis kalkulator je. Gambar kiraan saya ada sertakn sekali. Boleh rujuk.

>> ASB SIMPANAN BIASA.

Katakan kau mampu simpan RM1,010 sebulan. Jadi, setiap bulan kau pun letak RM1,010 dalam akaun ASB selama 3 tahun. Ambil purata dividen 7%.

Kira guna Compound Interest Calculator.

Monthly Deposit: 1,010
Period (month): 36
Annual Interest Rate %: 7
Compounding: Annually

Total Principal: 36,360.00
Maturity Value: 40,426.72

Jadi, hasil yang kau dapat termasuk dividen terkumpul hanyalah RM40,426 selepas 3 tahun.

>> ASB FINANCING.

Kau mampu simpan RM1,010 sebulan. Jadi, mohon ASBF maksimum RM200,000 dengan tempoh pembiayaan 35 tahun.

Setiap bulan, kau bayar ansuran RM1,010 kepada bank. Contoh kadar bank profit adalah 5% dan dividen purata ASB adalah 6%.

Jom kira berapa kau dapat pada tahun ke 3.

Kira guna Loan Calculator.

Loan Amount: 200,000
Interest Rate: 5.00% per year
Loan Term: 35 Years
Monthly Payment: 1,009.38

Klik button Amortization.

Amortization Schedule: 193,177.60 (Bulan ke-36)

Maksudnya pada bulan ke-36, baki ASBF kau adalah RM193,177.60. Maka, prinsipal terkumpul kau pada waktu tu adalah RM200,000 – RM193,178 = RM6,822

Lepas kau mohon ASBF hari tu, bank dah letak ASBF RM200,000 dalam akaun ASB kau. Maka, kau akan dapat dividen berdasarkan amaun RM200,000 tu.

Kira guna Compound Interest Calculator.

Principal Amount: 200,000
Period (month): 36
Annual Interest Rate %: 7
Compounding: Annually

Interest Amount: RM45,008.60

Interest amount tu adalah mewakili dividen + bonus kau yang compounding selama 3 tahun.

Nak tengok berapa jumlah besar yang kau dapat, kena tambahkan prinsipal terkumpul dan dividen + bonus compounding ni.

RM6,822 + RM45,008 = RM51,830

Jadi, hasil yang kau dapat adalah RM51,830 setelah 3 tahun!! Banyak tu. Boleh buat duit deposit beli dua buah rumah. Jangan kau buat joli pulak. Buat duit untuk kahwin pun boleh.

>> KESIMPULAN

1. Simpan dalam bank
RM1,010 x 12 x 3 = RM36,360 (Modal)

2. Simpanan biasa ASB:
RM40,426 – RM36,360 = RM4,066 (Net Profit)

3. ASB Financing:
RM51,830 – RM36,360 = RM15,470 (Net Profit)

Jauh betul beza tu. Dah terang lagi bersuluh, dengan ASBF boleh dapat extra RM15,470. Takkan masih nak simpan duit dalam bank biasa kan.

Benda ni ikut kemampuan kau sendiri. Kalau mampu simpan RM505 sebulan, kau buatlah kiraan untuk ASBF RM100,000 pula. Kena bagitau juga pasal ni, risau kot-kot ada yang tak tahu.

Foto: FB Harith Faisal

>> PILIHAN LAIN

Kau buat RM100K ASBF, bulanan RM505. Lepas 3 tahun, kau akan dapat total tunai RM25.9K. Padahal modal kau hanya RM18.1K. Dah dapat untung bersih RM7.8K.

Kau buat RM150k ASBF, bulanan RM758. Lepas 3 tahun, kau akan dapat total tunai RM38.8K. Padahal modal kau hanya RM27.2K. Dah dapat untung bersih RM11.6K.

Kau buat RM200K ASBF, bulanan RM1,010. Lepas 3 tahun, kau akan dapat total tunai RM51.8K. Padahal modal kau hanya RM36.3K. Dah dapat untung bersih RM15.5K.

SHARE laju-laju tanpa was-was.

Disclaimer: Andaian kadar keuntungan bank adalah 5% dan purata dividen+bonus adalah 7%. Ini adalah penulisan peribadi, tidak mewakili mana-mana pihak lain. Sekian.

Sumber: FB Harith Faisal

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi