Siakap Keli
Gambar: Twitter @MY_tehOais

Kelebihan Rajin Derma Darah, Bil Rawatan Lelaki Ini Belasan Ribu Ringgit Tidak Perlu Dibayar Satu Sen Pun

Dengan mendermakan sebanyak satu pint darah (kira-kira 473 ml), anda boleh menyelamatkan 3 nyawa. Ramai yang tidak tahu, sebagai penderma darah, anda boleh mendapat faedah rawatan di hospital mengikut bilangan kekerapan anda menderma.

Noorshafry yang merupakan seorang penderma darah tegar sejak 2004 telah ditahan di wad selama 35 hari dan menjalani 6 kali pembedahan. Tanpa disangka-sangka, rutinnya menderma darah setiap 3 bulan sekali telah membuatkannya layak mendapat rawatan percuma yang bernilai RM 19,713!

Resit bil NoorShafry. (Gambar: Twitter)
Noorshafry telah konsisten menderma sejak tahun 2004. (Gambar: Twitter)
Gambar: Pusat Darah Negara/Twitter Dev Ananthraj

Bagi mendapatkan keistimewaan ini, penderma perlu menunjukkan buku sijil (buku merah) kepada pihak hospital dan kemudahan wad bergantung kepada keadaan semasa. Jika wad dinyatakan telah penuh, penderma akan ditempatkan di wad lain yang sesuai. Penderma darah berstatus penduduk tetap turut layak mendapatkan keistimewaan ini.

Semoga beliau diberi kesembuhan sepenuhnya.

Sumber: @MY_tehOais, Pusat Darah Negara (PDN)

Amira

Makin kita belajar, makin kita tahu sebenarnya banyak yang kita tak tahu.

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.