Siakap Keli

Tak Mampu Macam Mak Ayah Orang Lain, Bapa Anyam Beg Sekolah Anak Guna Tali Rafia Dapat Pujian Netizen

Tergolong dalam golongan yang susah sebenarnya tidak menghalang seseorang daripada menjadi seorang yang kreatif. Perkara ini kerana pemikiran yang kreatif akan dapat memudahkan dan melancarkan kehidupan seharian. Begitulah yang dipaparkan oleh sepasang ibu bapa yang telah berusaha sebaik mungkin bagi memastikan anaknya mendapat keperluan lengkap untuk ke sekolah.

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna laman sosial Facebook, Sophous Suon, seorang bapa telah menggunakan hasil kreativitinya dengan menganyam tali rafia untuk dijadikan beg. Hasilnya, beg tersebut kelihatan lengkap dan serta kemas untuk digunakan oleh anaknya untuk ke sekolah.

Beg ini dianyam kerana dia tidak mampu untuk membelikan anaknya beg sekolah seperti anak orang lain. Oleh yang demikian, beg yang dihasilkan dengan hanya menggunakan tali rafia dan tali hitam merupakan ciptaannya supaya anaknya dapat kembali ke sekolah.

Beg ini dilengkapi dengan dua tali hitam untuk digalas dibelakang badan dan juga kancing yang digunakan bagi mengunci penutup beg tersebut supaya tidak mudah terbuka. Perkongsian yang dibuat dalam laman Facebook ini menarik perhatian netizen yang rata-ratanya memuji hasil kerja bapa tersebut dan tidak kurangnya yang ingin menghulurkan bantuan.

“Kerja yang sangat baik”

“Sesuatu yang sangat cantik”

“Ianya sangat baik”

Sumber: Sophous Suon

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa