Siakap Keli

”Kau Dah Bunuh Adik Aku, Kau Pembunuh,” Adik Meninggal Dirempuh, Abang Luah Rasa Terkilan

Pemergian ahli keluarga tersayang sukar untuk diterima apatah lagi jika ia berlaku secara tiba-tiba kerana kecuaian orang lain. Rasa marah dan kesal pasti menyebulungi hati sesiapa pun.

Seperti perkongsian oleh seorang pemuda mengenai adiknya yang meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya baru-baru ini. Disebabkan kecuaian orang lain, nyawa adiknya telah menjadi galang ganti.

Biarpun redha dengan apa yang berlaku, dia berharap hukuman setimpal akan dikenakan supaya menjadi pengajaran kepada semua agar lebih berhati-hati ketika memandu.

”Kau dah bunuh adik aku, kau pembunuh”

”Jangan disebabkan kebodohan diri sendiri, orang lain kena tanggung”

Rata-rata netizen turut menzahirkan ucapan takziah dan rasa sedih di atas apa yang berlaku. Ada di antaranya yang turut berkongsi pengalaman serupa kehilangan insan tersayang akibat kemalangan jalan raya.

”Dulu pernah juga ada student maut di atas kecuaian pemandu mabuk”

”Depan mata aku, aku hilang dua orang sahabat”

”Saudara aku meninggal pun kerana situasi sama..”

”Saya pun kehilangan adik, meninggal kerana accident..”

”Baru nyaris-nyaris bertembung dengan 4×4 juga otw pergi kerja tadi”

Sumber : aimansalim_

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.