Siakap Keli
Gambar Hiasan

Ramai Tak Tahu Ibu Bapa Korang Mungkin Layak Terima Bantuan Alat Perubatan Sehingga RM20,000

Sebelum ini, sebuah inisiatif di bawah Kementerian Kewangan, Mysalam telah diperkenalkan untuk membantu golongan B40 menangani kesulitan kewangan apabila dimasukkan ke hospital kerajaan atau ditimpa penyakit kritikal. Dan ia ternyata mendapat respon positif dari golongan B40.

Sebenarnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga sedang melaksanakan Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40). PeKa B40 adalah satu inisiatif melalui Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah, dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD).

PeKa B40 ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berada dalam lingkungan pendapatan isi rumah 40% terendah, yang dikenali sebagai kumpulan B40.

Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pasangan mereka, yang berumur 50 tahun dan ke atas dalam tahun 2019, secara automatik layak menyertai PeKa B40. Skim ini adalah PERCUMA.

Melalui Belanjawan 2019, RM100 juta telah diperuntukkan bagi menjalankan projek perintis ini. Menerusi PeKa B40, manfaat yang ditawarkan adalah:

Manfaat 1 : Saringan Kesihatan Percuma

Gambar : Kementerian Kesihatan Malaysia

Antara proses saringan yang perlu anda lakukan adalah:

Manfaat 2: Bantuan Alat Perubatan (sehingga RM20,000)

Gambar : Kementerian Kesihatan Malaysia

Manfaat 3: Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser (berjumlah RM1,000)

Gambar : Kementerian Kesihatan Malaysia

Manfaat 4: Insentif Tambang Pengangkutan (sehingga RM1,000 untuk setiap penyakit)

Gambar : Kementerian Kesihatan Malaysia

Bagaimana Cara Untuk Memohon?

Bagi menyemak kelayakan dan maklumat lanjut untuk memohon, anda perlu ke laman web rasmi PeKa B40 : www.pekab40.com.my dan pilih ‘Semakan kelayakan’.

Gambar : PeKa B40

Masukkan nombor kad pengenalan anda dan sejurus itu keputusan kelayakan akan terpapar.

Kriteria Kelayakan

Penyertaan Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) adalah secara automatik berdasarkan kriteria yang ditetapkan iaitu penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pasangannya yang berdaftar, berumur 50 tahun dan ke atas. Tiada pendaftaran diperlukan untuk menyertai PeKa B40.

Semakan kelayakan dan maklumat lanjut juga boleh didapati menerusi:

  • Pusat Khidmat Pelanggan PeKa B40: 03-2730 7575

Sumber : PeKa B40

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.