Siakap Keli
Gambar Hiasan

Pilu Dan Sedih, Bapa Liza Hanim Meninggal Dunia

Genap sebulan, Allahyarham bapa mertua Liza Hanim meninggal dunia. Belum sempat hilangkan rasa kesedihan kehilangan itu, hari ini sekali lagi Liza diuji kehilangan bapa kandungannya.

Bapa kepada penyanyi Liza Hanim, Haji Abdul Halim Haji Abd Razak meninggal dunia malam tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Berita sedih tersebut diumumkan Liza menerusi sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya.

Sebelum ini, bapanya bertarung dengan penyakit kanser yang dihidapinya.

Di ruangan komen, peminat penyanyi lagu “Siapa Sangka Siapa Menduga” itu dihujani ucapan takziah daripada pengikutnya yang sama-sama turut berduka.

Semoga roh Allahyarham bapa Liza Hanim tenang dan ditempatkan bersama golongan yang beriman.

https://www.instagram.com/p/By-ZP–FEqs/?utm_source=ig_web_copy_link

Sumber: Liza Hanim

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang