Siakap Keli

“Dia Asyik Sebut Nak Ke Kubur Ibu,” Pelajar Maut Diseret 40 Meter Meninggal Dunia Genap 100 Hari Pemergian Ibu

Melihat kemalangan ngeri yang meragut nyawa pastinya merupakan pengalaman yang tidak boleh dilupakan sehingga boleh menyebabkan trauma. Begitulah yang dihadapi oleh seorang pemandu yang menceritakan pengalamannya melihat seorang pelajar lelaki yang diseret kira-kira 20 meter apabila dilanggar oleh lori 1 tan di hadapan sekolah. Kejadian tersebut telah dikongsikan oleh seorang pemilik Facebook, Anita Mohammad yang menjadi saksi utama kejadian tersebut.

Kemalangan yg menyedihkn..
20hrbln khamis brsamaan 16syawal1440 jam 4.45pm

Xtau nk mula dr mana.allah pilih sy utk melihat kemalangan sorng pelajar darjah 3 yg menyayat hati didepan mata 

Sambutan hari raya sklh agama bukit banjar smlm yg sepatotnya smua gembira bertukar duka apabila srng ank muridnya dirempuh sebuah lori 1tan.x pasti ade muatan durian atau x yg pasti mmng penuh dgn bakul dibelakang lori 

Sy yg kebetulan ade disitu dgn tujuan nk ambil ank² blik sklh menjadi saksi ditmpt kejadian.adik AQEEF HAFIY..berlari² dr pintu pagar sklh bla melihat kereta sy berhenti ditepi jln.smpi di tepi kereta sy dia tiba² berhenti.dr dlm kereta sy tgok muka dia dan dia tgok muka sy.mungkin kereta sy disangkakn kereta ayahnya kerana warna kereta yg sama cuma jenis berbeza membuatkn dia malu dan terus berlari melintas jln mcm tu je dannnnnn lori pon smpi terus merempuh ank kecil tu allahu aqeeffff

Didepan mata saya aqeef di seret sejauh +-20mter jauhnya dan berguling² dibawah lori dgn kasut dan songkoknya berterbangan atas jln dgn lengkap berbaju melayu biru hari raya 

Sy seperti org hilang akal.menjerit² meminta bantuan org awam hantar aqeef segera ke hsptl.mse tu call 999 pn sy dh x blh berkata².seluruh badan menggigil kerana terkejut

Selepas dibawa kehsptl oleh org awam yg kebtln ade disitu..sy pn ke balai polis utk buat laporan mengenai kemalangan trsebut atas arahan guru besar SABB dan ustazah² SABB pn ade turut serta..

Smlm smasa aqeef di zon merah HPSF muar sempat sy pggl dia dan aqeef respon dgn mengangkat tgnnya.aqeef cedera dalaman yg sgt terok.tulang pinggang patah,tulang rusuk patah,tulang tengkok patah,pendarahan paru² dan pendarahan kepala. jam 1.45am aqeef telah dihantar ke hsplt jb utk rawatan lanjut.dan bru dpt perkhabaran aqeef akn dioperation wlu dlm keadaan kritikal sbb pndrahan kepala yg sgt² terok.

Utk pemgetahuan smua jg aqeef bru saja kehilangan ibunya sblm puasa hr tu akibat breast cancer dan akeef ank bongsu dr 4 beradik.abgnya crita smlm aqeef asik sebut nk kekubur ibunya sja sejak akhir²ni. mungkin dia trlalu rindu dgn arwah sbb dia ank manja allahu

Dihari yg baik ini sy mohon rakan² fb sy smua tolong doakn pembedahan aqeef selamat dan berjaya.moga aqeef diberi kesembuhan olehNya.doakn aqeef kuat..hr ni lepas solat jumaat jgk masjid di 3 kg sy akan adakan solat hajat utk aqeef lepas solat jumaat nnt..sama² kita ttipkn sedikit doa utk aqeef..

Image may contain: 1 person, standing and text
Image may contain: 1 person, text
Image may contain: 1 person, text
Image may contain: 1 person, text
Walau bagaimanapun, dalam posting terbaru pemilik Facebook tersebut menyampaikan berita sedih bahawa adik Aqeef telah pun meninggal dunia pada Jumaat lepas dan telah disemadikan disebelah kubur ibunya.

Pemergian adik Aqeef dianggap sebagai pertemuan semula setelah cukup 100 hari ibunya pergi meninggalkannya. Lagi menyedihkan, adik Aqeef meninggal dunia pada tarikh lahir arwah ibunya.

Selain itu, menerusi siasatan polis, dilaporkan anggaran adik Aqeef diseret kira-kira 40 meter di hadapan sekolah tersebut.

Sumber: Anita Mohammad

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa