Siakap Keli
Gambar: Maukerja

Kenapa Landasan Keretapi Kena Ada Batu-Batu Bukan Pasir Atau Tanah? Ini Jawapannya

Kereta api merupakan salah satu pengangkutan darat yang menghubungkan sesuatu kawasan ke sesuatu kawasan. Menaiki kereta api membolehkan penumpang untuk melihat pemandangan alam semula jadi yang menakjubkan disebabkan laluan kereta api yang kebiasaannya terletak di kawasan-kawasan seperti padang yang luas dan bandar-bandar yang penuh dengan komuniti. D

isebalik perjalanan sesebuah kereta api, sedarkah anda mengenai batu-batu yang terdapat di sepanjang landasannya?

Gambar: Vulcan Materials

Bagi menjawab persoalan ini, anda perlu mengetahui mengenai galang kereta api yang disusun selari dengan landasan. Ianya merupakan sokongan segi empat tepat yang dipasang sepanjang landasan. Ia biasanya diperbuat daripada kayu atau konkrit dan bertujuan untuk memegang kereta api yang meluncur.

Fungsi bagi batu-batu yang terdapat disepanjang landasan kereta api adalah untuk mengekalkan jarak antara landasan di sebelah kiri dan juga di sebelah kanan. Namun begitu, batu-batu yang digunakan perlulah mempunyai bucu dan bukanlah yang berbentuk bulat. Perkara ini adalah sekiranya batu-batu tersebut berbentuk bulat, ianya akan meluncur satu sama lain sehinggakan mengubah trek tersebut.

Gambar: rac.gov.my

Selain itu, batu-batu tersebut juga berfungsi untuk menyerap air daripada bertakung di sekitar landasan kereta api. Perkara tersebut adalah sangat bahaya sehingga boleh menyebabkan kereta api tergelincir dari landasannya. Batu-batu tersebut juga berperanan untuk menghalang daripada tumbuh-tumbuhan di sekitar landasan.

Kereta api terutamanya yang berat akan menyebabkan berlakunya gegaran yang boleh menjejaskan struktur alam dan juga bangunan-bangunan yang berhampiran. Bagi mengelakkan daripada perkara ini, batu-batu disekitar landasan berperanan untuk mengurangkan gegaran tersebut. Selain daripada getaran, batu-batu tersebut juga boleh menyerap bunyi bising yang dihasilkan oleh kereta api tersebut.

Sumber: railroadfastening.com

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa