Siakap Keli
Foto: Mirror UK

TERKINI: Gempa Bumi Kuat Landa Kepulauan Maluku, Gegaran Terasa Hingga Ke Australia

Satu gempa bumi bermagnitud 7.7 Skala Ritcher dilaporkan telah menggegar kawasan Kepulauan Maluku, Indonesia sebentar tadi.

Gempa pada kedalaman 231 km di Laut Banda itu berlaku kira-kira ja 9.53 pagi tadi waktu Indonesia Barat dan berpusat di 245km di Timur Laut Maluku.

Malah, gegaran tersebut juga dikatakan dapat dirasai sehingga ke bahagian Darwin, Australia yang terletak lebih kurang 720 km dari pusat gegaran.

Bagaimanapun, ketika ini tiada sebarang maklumat mengenai situasi di  Indonesia berjaya diperolehi dan tiada sebarang amaran tsunami dikeluarkan setakat ini.

Sumber: Mirror UK, Bernama

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi