Siakap Keli

(Video) Detik Cemas Dasar Laut, Sotong Kurita Gergasi Bergelut Dan ‘Sedut’ Kaki Penyelam

Berada di dasar lautan menjanjikan pengalaman menakjubkan. Namun lain pula bagi seorang penyelam skuba yang berdepan detik cemas apabila diserang oleh sotong kurita gergasi ketika menyelam di dasar Laut Jepun.

Penyelam dari Mayak Gamov, Rusia itu berusaha keras menggoncangkan kakinya untuk melepaskan diri dari cengkaman sotong itu yang melilit dan cuba menyedut bahagian betisnya menggunakan tentakel.

Menerusi video yang dirakamkan di Semenanjung Garrow, haiwan berkaki lapan itu dilihat membelit tubuh penyelam dan cuba menggigitnya dengan paruh tajam yang bersembunyi di mulutnya.

Dalam keadaan cemas, lelaki itu dilihat membuat beberapa percubaan untuk menghalau sotong itu. Manakala lelaki yang merakamkan insiden berkenaan dapat didengar menjerit ketakutan.

Mujurlah sotong itu akhirnya berputus asa dan berenang semula ke bahagian bawah dasar laut. Ia dilihat menuju ke arah batu karang dan mengubah warnanya sebelum hilang di celah batuan.

Sotong kurita kebiasaanya diketahui akan cuba mengelakkan diri daripada manusia dan hidup di perairan pesisir pantai di California, Oregon, Washington, British Columbia, Alaska, Rusia, Jepun dan Semenanjung Korea.

Pada 2017, kes sama berlaku apabila seorang penyelam skuba wanita diserang oleh seekor sotong kurita yang berjaya menanggalkan topeng dan regulatornya ketika dia dan suaminya menyelam di British Columbia, Kanada.

Wanita berkenaan, Angela Damant, terselamat kerana haiwan itu segera beredar ke arah batu.

Suaminya, Marc, berjaya mengambil gambar unik tersebut.

https://www.youtube.com/watch?v=EJhsNXaNSPU

Sumber : Mirror

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.