Siakap Keli

(Video)Selepas Kapal Penguatkuasa, Giliran Bot Nelayan Indonesia Pula Ceroboh Laut Malaysia

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Baru-baru ini Malaysia dikejutkan dengan kes bot nelayan tempatan di Pulau Jarak, Malaysia yang diceroboh, dirempuh dan ditahan oleh kapal pengawas perikanan Indonesia.

Lagi kes terbaru yang berlaku pada 8.40 pagi semalam di perairan Pulau Jarak, sebuah bot nelayan Indonesia telah pun menceroboh perairan Malaysia pula.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM melaporkan kes pencerobohan kes pada hari ini.

Hasil tangkapan bot nelayan tersebut mendapati bot tidak memiliki nombor pendaftaran, tekong serta awak-awak warga Indonesia juga gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri.

Pihak APMM akan bertindak lebih tegas kepada mana-mana bot nelayan yang melanggar syarat lesen tangkap ikan dan melakukan pencerobohan.

Demikian merupakan laporan penuh daripada pihak APMM berkenaan dengan kes pencerobohan laut Malaysia.

Sumber: APMM

BOT NELAYAN INDONESIA MENCEROBOH PERAIRAN MALAYSIA LAGI

Lumut, 24 Jun – Sebuah bot nelayan Indonesia menceroboh perairan Pulau Jarak untuk mengaut hasil ditahan Maritim Malaysia Negeri Perak jam 8.40 pagi semalam.

Pengarah Maritim Negeri Kepten Wan Mat Bin Wan Abdullah berkata, “bot berkenaan dikesan oleh bot ronda Maritim Malaysia ketika sedang melakukan rondaan dan penguatkuasaan di perairan Negeri Perak.

“Bot yang tiada nombor pendaftaran bersama 7 orang awak-awak termasuk tekong warga Indonesia ditahan ketika sedang menangkap ikan kira-kira 28 batu nautika dari tenggara Pulau Jarak”.

 

Setelah diperiksa mendapati tekong gagal mengemukakan dokumen berkaitan bot dan kesemua enam awak–awak tiada pengenalan diri yang sah. Kes akan disiasat dibawah seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan dalam perairan Malaysia.

“Tangkapan ini adalah tangkapan ketiga tahun ini yang melibatkan bot nelayan Indonesia dan diantara bot yang terbesar pernah Maritim Negeri Perak berjaya menangkap.”

Bot bersama tekong dan awak – awak yang berusia antara 20 tahun hingga 46 tahun kemudiannya diiringi balik ke Pusat Tahanan Vesel Kampong Acheh dan tiba pada jam 6.00 petang untuk siasatan lanjut.

Pihak Maritim Malaysia akan bertindak tegas kepada mana-mana bot nelayan yang melanggar syarat lesen menangkap ikan dan melakukan pencerobohan di zon tangkapan ikan.

Sumber: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

Eyen Mirlen

write deeply from your heart