Siakap Keli
Gambar Hiasan

Betul Ke Kalau Badan Ada Kuman, Nanti Najis Terapung? Ini Penjelasan Pakar

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kebanyakan orang sering memandang remeh sekiranya tidak membuang air besar atau pernah mengalami najis terapung sehinggakan dua tiga hari kerana menganggap perkara itu bukan masalah yang besar. Mungkin ramai yang tidak sedar atau tidak ambil berat tentang najis yang dikeluarkan itu petanda usus sedang mengalami masalah atau sebaliknya.

Pernah atau tidak, najis tidak tenggelam dalam mangkuk tandas? Mungkin ini petunjuk ianya berpenyakit atau normal. Bila ingat semula, agak kembang tekak sebenarnya. Namun itu semua adalah ‘clue’ yang tentang kesihatan seseorang berdasarkan najis yang dikeluarkan.

Ini adalah perkongsian daripada seorang pakar Dr Zubaidi mengenai najis masih terapung walaupun sudah berkali mengepam pada mangkuk tandas. Mari kita teliti untuk pengetahuan masa akan datang.

Najis manusia yang dikenali sebagai human feaces atau stool adalah bahan kumuh yang mengandungi kuman dikeluarkan melalui dubur. Sebab itulah, bentuk dan warnanya berbeza-beza bergantung kepada tahap kesihatan seseorang dan diet yang diambil.

Najis biasa selalunya berbentuk semisolid dan diselaputi oleh lendiran mocous. Sama ada najis itu terapung dan tenggelam, bergantung pada komposisi najis itu sendiri.

Untuk pengetahuan umum, najis yang terapung adalah disebabkan pperubahan cara pemakanan, proses penghadaman yang bermasalah dan terdapat jangkitan kuman pada usus.

Apabila ianya berlaku seperti itu, menunjukkan nutrient yang tidak dapat diserap akan digunakan oleh bakteria dalam najis dan menyebabkan pengeluaran gas yang agak banyak dan terkumpul dalam najis. Ini akan menyebakan terapung.

Masalah seperti ini tidak berbahaya. Selalunya selepas beberapa hari akan berlaku seperti biasa dan menandakan jangkitan kuman pada usus telah berakhir.

Ada juga beberapa penyakit serius yang menyebabkan najis terapung:

  • Abetalipoproteinemia
  • Biliary atresia
  • Cystic Fibrosis
  • Kekurangan enzim yang menghadamkan gula iaitu lactase, sucrase atau isomaltse
  • Najis berminyak
  • Short bowel syndrome

Tapi janganlah mudah panik jika mendapati najis anda terapung, ia mungkin adalah fenomena yang biasa akibat perubahan cara pemakanan.

 

Sumber: Dr Zubaidi

 

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang