Siakap Keli

Turunkan Had Umur Mengundi Ke 18 Tahun? Ini 8 Sebab Perlu Semua Tahu

Pengundi muda dikatakan mempunyai pengaruh tinggi terhadap negara kerana dianggap lebih idealistik dan cenderung menyuarakan pendapat bagi menaiktaraf sesuatu perkara. Mengikut statistik, tahun 2018, negara menyaksikan sebanyak 16.8 peratus pengundi muda yang berusia daripada 21 hingga 30 tahun sekali gus mencatatkan peratusan memberangsangkan semasa Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Apakah puncanya? Betul ke dakwaan bahawa generasi Y tak ambil kisah dengan isu politik atau negara yang tak cakna mengenai bilangan sebesar ini? Ramai yang kata generasi ni tak matang, tak berpengalaman dan muda sangat untuk mengundi dengan baik.

Kami nak bagi 8 sebab kenapa generasi muda seawal usia 18 tahun patut diberikan hak untuk mengundi:

  • Orang muda mesti ikut undang-undang, tetapi tidak mempunyai suara dalam pembikinan undang-undang. Orang muda harus tahu dan menjadi sebahagian daripada proses demokratik pembuatan undang-undang.
  • Orang muda sebenarnya telah ikut serta dalam proses politik. Contohnya, aktiviti berpersatuan di sekolah-sekolah, aktiviti ko-kurikulum yang memerlukan pengundian ketua, dan menjadi sebahagian daripada masyarakat. Bukankah itu politik sebenar?
  • Orang muda pengundi yang baik. Mereka pandai mencari maklumat dan akan menjadi pengundi yang berpengetahuan. Orang muda ambil kisah akan apa yang terjadi dalam masyarakat.

via GIPHY

  • Merendahkan usia pengundi akan membantu meningkatkan jumlah pengundi yang keluar mengundi. Pengundi muda mengundi, dan mempengaruhi rakan-rakan mereka untuk mengundi. #PRU14 telah menyaksikan peningkatan ketara pengundi muda, yang merupakan salah satu daripada faktor besar peralihan kuasa. Golongan milenial (18 – 27 tahun) merupakan 36.82% daripada seluruh populasi Malaysia (2017, The Edge).
  • Merendahkan usia pengundi akan meningkatkan kualiti kehidupan golongan belia. Orang muda akan dapat menjadi sebahagian daripada proses yang menentukan pelbagai polisi yang berkaitan dengan hidup mereka, contohnya pinjaman pendidikan, sosioekonomi belia dan sebagainya. Untuk menjadi sebahagian daripada proses ini – orang muda wajib mengundi.
  • Pengetahuan dan pengalaman bukanlah kriteria untuk pengundi yang layak. Pengundian haruslah inklusif untuk orang muda. Umur yang muda tidak bermakna mereka tidak berpengalaman dan berpengetahuan.
  • Tidak ada undi yang salah. Semua undi penting, tak kiralah daripada yang tua, yang muda, yang kaya atau yang susah.
  • Kerana orang muda BOLEH!

Sekarang, cuba kita bayangkan kalau kita tak mengundi, keputusan yang keluar merupakan keputusan yang tak diingini. Siapa yang harus dipersalahkan? Janganlah bersikap ambil mudah dengan membiarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kita sendiri, kerana keputusan itu sudah tentu akan memberi impak besar kepada hidup dan keluarga.

Secara ringkasnya, orang muda jangan ambil mudah untuk mengundi. Ingat, masa depan anak cucu kita berada pada tangan masing-masing.  Ia adalah tanggungjawab, bukan hanya pelaksanaan semata-semata.

Jom kita tengok, apa jadi kalau orang muda dihalang daripada mengundi?

  • Malaysia akan sentiasa menghadapi penurunan jumlah pengundi. Penurunan umur pengundi dan pengambilan langkah untuk memupuk minat kepada proses politik seawal mungkin merupakan kunci kepada pembudayaan aktiviti mengundi.
  • Suara orang muda tak akan didengari. Ahli politik kurang memberi perhatian kepada isu orang muda, kerana persepsi umum tentang kekurangan pengundi muda. Jika lebih ramai orang muda mengundi, pembuat polisi dan kepimpinan politik akan memberi lebih perhatian akan polisi berkaitan orang-orang muda, contohnya isu hutang pelajaran.
  • Bayangkan kalau majoriti pengundi adalah orang yang berusia. Orang muda akan selamanya dianggap sebagai golongan yang tidak serius dan tidak menyumbang kepada masyarakat. Mahukah kita kalau situasi itu terjadi?
Kredit: Amir Muhammad

Kajian terbaru tentang pendapat pengundi Malaysia yang dijalankan oleh Merdeka Centre mendapati tumpuan utama mereka adalah kebimbangan ekonomi; inflasi, peluang pekerjaan dan pendapatan, diikuti oleh rasuah dan perumahan.

Hal-hal ini mampu ditambah baik dengan bimbingan kerajaan yang sepatutnya daripada undian orang-orang muda yang merupakan antara majoriti pengundi.

Apa jadi kalau tak mengundi? Rugi?

  • Hilang hak untuk membuat aduan. Tak mengundi, tak menjadi sebahagian daripada masyarakat, tak boleh la nak complain.
  • Ahli politik akan mempunyai banyak alasan untuk tidak mengendahkan isu anda.
  • Ketinggalan untuk menyertai semua benda best yang terjadi di pusat pengundian. Kalau mengundi, bolehlah post gambar jari berdakwat biru dengan #donemengundi.
  • Akan menjadi contoh stereotaip ‘belia tak ambil kisah tentang mengundi’.
  • Hidup lebih lama dengan akibat keputusan politik orang lain.
  • Tak dapat untuk menentukan bagaimana kerajaan menggunakan duit korang. Sekurang-kurangnya, duit cukai SST yang korang bayar.

Kenapa ada di antara kita memilih untuk menjadi keyboard warrior yang hebat di laman media sosial tapi ‘kalah’ mempertahankan hak negara seadilnya?

Jangan sampai kita dilabel belia yang hanya pandai ‘bersuara’ melalui ‘papan kekunci’ tapi diam seribu bahasa bila berdiri untuk menegakkan hak dan keadilan.

via GIPHY

Idealisme orang muda lebih tinggi dan sepatutnya ia menjadi tonggak penentu masa hadapan kerajaan seperti mana Muhammad Al-Fateh yang berjaya takluki Istanbul seawal usianya 19 tahun.

Mengapa pengundi muda macam kita ni sangat penting?

  • Yakin dan mampu membangkitkan isu yang menjadi kekangan anak muda lain.
  • Lebih advance dengan segala teknologi, resourceful, dan boleh berfikir secara rasional.
  • Berupaya mencari dan mengkaji berkaitan isu semasa. Terutama, bagi mereka yang baru je tamat sekolah dan masih fresh dengan isu-isu berkait melalui syllabus pelajaran di sekolah.
  • Pengundi muda ialah 37% daripada populasi pengundi berdaftar seluruh Malaysia dan ia merupakan jumlah yang sangat besar.
  • Orang muda bakal menjadi mangsa kejatuhan ekonomi yang paling lama, kerana usia mereka yang muda. Oleh itu, wajib bagi generasi muda untuk menjadi sebahagian daripada proses pembuatan polisi.

via GIPHY

Untuk tahu lebih lanjut tentang kempen #UndiLapanBelas ini, jangan lupa lawati portal www.undilapanbelas.my, atau follow kami di Facebook atau Twitter di @undilapanbelas.

Nur Farra