Siakap Keli
Gambar Hiasan

Pasangan Popular Korea, Song Joong Ki Dan Song Hye Ko Bakal Bercerai

Peminat drama dan program realiti Korea pastinya tahu mengenai pasangan ideal Song Joong Ki dan Song Hye Ko yang mengikat ikatan perkahwinan pada 2017 lalu. Perkahwinan mereka diadakan secara besar-besaran dan disambut umpama wedding of the year ketika itu.

Manakan tidak, mereka mengumumkan perkahwinan ketika drama Descendants of the Sun ditayangkan layar kaca. Oleh itu, ramai peminat yang dapat melihat keserasian di antara pasangan berkenaan dan menggelar mereka Song-Song Couple.

Mereka bukan sahaja dikenali di Korea tetapi hampir di seluruh dunia,

Terbaru, setelah dua tahun melayari bahtera perkahwinan, pasangan itu nyata telah membuatkan seluruh peminat, media mahupun rakan selebriti terkejut tatkala Song Joong ki memfailkan penceraian mereka. Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh peguam beliau.

Peguamnya turut menjelaskan bahawa Song Joong Ki telah mengambil langkah perpisahan mengikut cara yang sah di sisi undang-undang. Urusan terbabit telah dilakukan di Mahkamah Keluarga, Seoul pada 26 Jun.

Di samping itu, Song Joong Ki telah meminta maaf kepada peminat mereka atas berita dukacita ini. Beliau turut meminta mereka memahami keadaannya yang sedang berdepan dengan masa yang sukar.

Selain itu, beliau turut menyeru para peminat supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan isu ini

Sumber : Allkpop  & CBN News

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.