Siakap Keli

Sesal Tak Sudah, Suami Geram Lempar Anak Lepas Dapat Tahu Isteri Berhutang

Seorang anak kecil yang berusia 2 tahun terpaksa menjadi mangsa korban bapanya yang panas baran setelah mengetahui isterinya mempunyai hutang dengan jumlah yang banyak daripada jirannya. Kejadian tersebut berlaku di Kampung Kalimaro, Kecamatan Kedungjati, Kabupaten Grobogan, Jawa Tengah, Indonesia.

Tindakan tersebut dilakukan secara spontan oleh lelaki tersebut setelah mengetahui isterinya mempunyai hutang sebanyak RP1.8 Juta (RM528).

Fikiran saya gelap ketika isteri memberitahu mempunyai hutang sebanyak itu. Saya tidak pernah menyuruh isteri untuk berhutang.

Selepas saya bertindak sedemikian, saya berharap anak saya berada dalam keadaan yang baik, tetapi malangnya saya mendapati dia telah meninggal dunia.

Terdahulu, suspek telah mendapatkan wang daripada bapa mertuanya untuk membayar hutang, namun berang apabila mendapat tahu jumlah hutang itu terlalu banyak.

Bayi tersebut sempat dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Namun, semuanya berakhir setelah bayi tersebut meninggal dunia disebabkan kecederaan parah di bahagian kepalanya.

Kejadian tersebut telah menyebabkan bapanya menanggung kekesalan seumur hidup atas perbuatannya.

Sumber: TribunJakarta

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa